Contoh minit SMK Taman Megah Ria

Credit to SMK Taman Megah Ria..

Hehehehe.. Sebenarnya tr tgh nak buat minit mesyuarat baru.. Bila dah dapat format, aiseh tak tau lak nak buat camne. Hadoi yai.. Susah betul. Jadi tr pun search dalam internet.. Dapatla minit mesyuarat dari SMK ni.. Tengkiu sesangat.. Jom kita sesama checkidout...


SMK TAMAN MEGAH RIA

MINIT TAKLIMAT KURIKULUM/ MESYUARAT GURU BIL: 5 TAHUN: 2011



TARIKH : 05 Mei 2011

HARI : Khamis

MASA : 2.45– 4.00 petang

TEMPAT : Bilik Mesyuarat SMK Taman Megah Ria

PENGERUSI : En Nordin bin Mukri

KEHADIRAN (BILANGAN) : 58 orang



NAMA YANG HADIR :

En. Nordin Bin Mukri

Pn. Ande Noor Munawarah Binti Bachok

Pn. Puspha Rani A/P T. Palanisamy

Pn. Khalidah Binti Khalil

Pn. Haslina Binti Hussein

Pn. Noor Laili Bt Yahya

Pn. Rani A/P V. Supramaniam

Pn. Zaifarizah Binti Md Sukor

Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam

Pn. Mastura Binti Ghazali

Cik Norhasdiana Binti Aziz

Pn. Anusuya Devi A/P Sannasy

Cik Loi Choi Suein

Cik Norwaheda Binti Hasrin

Cik Nurul Aimi Binti Mohd Shah

Cik Aida Yuliyana Binti Zahari

Cik Nur Fatin Najwa Binti Mohd Khalid

En. Lokman Hakim Mahamad

En. Md Khairul Azhan Gahapar

En. Mohd Irwan Idris

En. Mohd Shahrizal Bin Yusoff

Pn. Hartini Binti Daud

Pn. Norsidah Mohd Nor

Pn. Kasmawati Binti Cha

Pn. Teoh Bee Ing

Pn. Nordayati Binti Maktop

Pn. Kosnah Binti Karnadi

Cik Farahiah Binti Nodin

Cik Malyanah Binti Marzaini

Cik Siti Fatimah Binti Abd Razak

Cik Atikah Zabir

Cik Nurul Ain Binti

En. Graven Bin Yulius Bata

En. Nik Mohamad Solehin Bin Nik Ibrahim

Cik Siti Nora Md Sharif

Cik Normaliza Binti Jamadi

Cik Tey Kim Moi

Cik Nur Akmarina Mohd Azmi

Pn. Nooreisyah Binti Zainudin

Pn. Nadia Binti Ruslan

Cik Zira Bte Awang

En. Hafizi Bin Mohd Zaki

Pn. Nordiana Binti Nordin

Pn. Bahvany A/P Muthu

Pn. Norisah Binti Mohd Yatim

Pn. Aishah Binti Muhammad

Pn. Safinah Binti Ali

En. Jabar Bin Sedek

Pn. Asilah Binti Ramli

Pn. Wahyu Abdul Razak

En. Ishak Bin Saidoo

En. Muhd Ruhaizat

Pn. Norfadhillah Mamat

Pn. Norhaliza Binti Rusli

Cik Zubaida Binti Muda

Pn. NorHayati binti Abdullah

Pn. Kamsiah Binti Nekmat

Cik Nor Adilawati Binti Suliman



1. Kata-kata aluan Pengerusi

 1.1 Bacaan Doa oleh pengerusi mesyuarat.

1.2 Ucapan terima kasih di atas kehadiran guru di dalam mesyuarat.

1.3 Menerangkan tentang format penulisan surat rasmi:

1.3.1 Kedudukan nombor rujukan surat dan tarikh berada di sebelah kanan.

1.3.2 Seterusnya, alamat pengirim dan tidak perlu dituliskan ‘kepada’.

1.3.3 Tajuk surat perlu menggunakan huruf tebal iaitu bold ataupun underline.

1.3.4 Sekiranya yang akan menandatangani surat tersebut adalah pengetua, maka surat tersebut perlu menggunakan ayat ‘Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk.’. Tetapi sekiranya yang menandatangani surat tersebut adalah bagi pihak pengetua, ayat yang perlu digunakan adalah ‘Dengan hormatnya, saya merujuk perkara di atas’.

1.3.5 Perkara di dalam surat hanya ada dua sahaja iaitu perkara kedua menerangkan tujuan surat tersebut ditulis. Contohnya, sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah ini akan mengadakan majlis sambutan ... Perkara nombor tiga pula adalah untuk menjelaskan apakah kehendak pengirim surat kepada penerima. Contohnya, untuk itu, diminta guru-guru dapat memberikan sumbangan sebanyak....

1.3.6 Jarak di antara bahagian tepi kiri dengan isi surat adalah sebanyak 1.5 inci manakala di bahagian sebelah kanan pula adalah sebanyak 1 inci.

1.3.7 Di dalam surat, perlu dicatatkan s.k iaitu salinan kepada siapa.

2. Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
Tiada

 3. Laporan Unit

3.1 Pengerusi KEBIRU berkenaan dengan sambutan Hari Guru (En. Nik Solehin Bin Nik Ibrahim)

3.1.1 Ucapan alu-aluan.

3.1.2 Ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir.

3.1.3 Menerangkan tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru untuk menjayakan program sambutan hari guru bagi tahun 2011.

3.1.4 Jemputan PIBG, perlu dibuat lebih awal.

3.1.5 Bagi unit pamplet dan buku pelawat, perlu disediakan nombor di pamplet untuk digunakan sebagai nombor cabutan bertuah.

3.1.6 Mesyuarat telah memutuskan bahawa setiap pelajar perlu member sumbangan sebanyak RM1.00 sebagai hadiah cenderahati kepada guru-guru di SMKTMR. Guru tingkatan perlu mengumpulkan wang tersebut.

Tindakan: Guru Tingkatan.

3.1.7 Untuk hadiah guru, guru-guru perlu membayar RM20.00 kepada Pn. Safinah Binti Ali.

Tindakan: Semua Guru.

3.1.8 Pada waktu pagi, semua guru perlu memakai pakaian seragam yang telah diberikan. Selepas acara rasmi, guru-guru perlu menukar pakaian sukan kerana akan dijalankan aktiviti sukaneka. Kemudian, pada majlis High Tea pada sebelah petang, pakaian yang perlu dipakai adalah pakaian batik ataupun pakaian formal. Program high tea akan dijalankan di Hotel Aman Sari pada jam 2.00 petang.

3.2 Laporan Program Kecemerlangan S1000 (En. Ishak Bin Saidoo)

3.2.1 Ucapan alu-aluan.

3.2.2 Berdasarkan kepada kertas edaran yang telah diedarkan, program S1000 adalah merupakan program rutin sekolah yang akan dijalankan setiap tahun.

3.2.3 Program yang sama dijalankan pada tahun 2011 tetapi kaedah pelaksanaanya berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.

3.2.4 Program ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengatahuan, kemahiran dan strategi calon-calon PMR serta SPM dalam menghadapi peperiksaan awam.

3.2.5 Selain itu, program ini juga bertujuan utnuk memastikan peningkatan pencapaian akademik pelajar dan sekolah.

3.2.6 Untuk melaksanakan program S1000 dengan lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya, guru-guru tertentu yang telah ditetapkan perlu menyediakan set-set soalan bagi setiap matapelajaran dengan mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

3.2.7 Berdasarkan kepada senarai di dalam kertas edaran yang telah diedarkan, senarai nama pembina soalan ataupun item matapelajaran bagi PMR adalah:

3.2.7.1 Bahasa Melayu : - Pn. Kasmawati bt. Cha (K)

- Cik Nur Atiqah Binti Mohamad Moharam

3.2.7.2 Bahasa Inggeris : - Cik Loi Choi Suien (K)

- Cik Norgarahiah Binti Nodin

3.2.7.3 Matematik : - Pn. Hjh Norsidah Bt. Mohd Noor (K)

- Pn. Nik Noraimah Bt. Nik Ahmad Kamil

3.2.7.4 Sains : - Pn. Kosnah Bt. Karnadi (K)

- Pn. Nordayati Bt. Maktop

3.2.7.5 Sejarah : - Pn. Hjh Noor Laili Bt. Yahya (K)

- Cik Zubaidah Bt. Muda

3.2.7.6 Geografi : - Pn. Norfadhillah Bt. Mamat (K)

- Pn. Asilah Bt. Ramli

3.2.7.7 Kemahiran Hidup Pilihan 1: - En. Mohd Khairul Azhan B. Abd Gahapar (K)

- En. Lokman Hakim B. Mahamad

3.2.7.8 Kemahiran Hidup Pilihan 2: - Pn. Haslina Bt. Hussein (K)

- Pn. Kamsiah Bt. Nekmat

3.2.7.9 Pendidikan Islam : - Cik Siti Nora Bt Md Sharif

- Cik Mazliana

- Pn. Nooreisyah Bt. Zainuddin (K)

3.2.7.10 Bahasa Cina : - Cik Tey Kim Moi

3.2.8 Senarai nama pembina soalan ataupun item matapelajaran bagi SPM pula adalah:

3.2.8.1 Bahasa Melayu : - Pn. Norleha Bt. Zakaria (K)

- En. Graven B. Yulius Bata

3.2.8.2 Bahasa Inggeris : - Pn. Hartini Bt. Daud (K)

- Cik Nur Fatin Najwa Bt. Mohd Khalid

3.2.8.3 Matematik : - Pn. Nadia Bt. Ruslan (K)

- Pn. Khalidah Bt. Khalid

3.2.8.4 Sains : - En. Hafizi B. Mohd Zaki (K)

- Cik Nurakmarina Bt. Mohd Azmi

3.2.8.5 Sejarah : - En. Ishak B. Saidoo (K)

- En. Mohd Shahrizal B. Yusoff

3.2.8.6 Pendidikan Islam : - Pn. Mastura Bt. Ghazali (K)

- Cik Siti Fatimah Bt. Abd Razak

3.2.8.7 Bahasa Cina : - Pn. Teoh Bee Ing

3.2.8.8 Pendidikan Moral : - Pn. Norhaliza Bt. Rusli (K)

- Cik Normaliza Bt. Jamadi

3.2.8.9 Matematik Tambahan : - Pn. Rani a/p Supramaniam (K)

- Cik Nor Waheda Bt. Hasrin

3.2.8.10 Biologi : - Pn. Anusuya Devi a/p Sannasy (K)

- Cik Nurul Aimi Bt. Mohd Shah

3.2.8.11 Kimia : - Cik Zira Bt. Awang (K)

- Pn. Norhayati Bt. Abdullah

3.2.8.12 Fizik : - En. Mohd Irwan B. Idris (K)

- En. Nik Mohamad Solehin B. Nik Ibrahim

3.2.8.13 Tasawwur Islam : - En. Jabar B. Sedek (K)

- Pn. Nor Adilawati Bt. Suliman

3.2.8.14 Prinsip Akaun : - Cik Nurul Ain Bt. Mahizan (K)

- Cik Malyanah Bt. Marzaini

3.2.8.15 Pendidikan Seni Visual : - Cik Aida Yuliyana Bt. Zahari

- Pn. Zaifarizah Bt. Md Sukor

3.2.9 Tempoh perancangan dan penyediaan soalan adalah bermula daripada 31 April hingga 29 Julai. Merujuk kepada item 6.1, ini bermakna, satu matapelajaran telah ditetapkan seramai dua orang guru dan ini bermakna, setiap guru perlu membina 5 Set soalan berkaitan dengan matapalajran yang telah dipertanggungjawabkan. Ini memandangkan terdapat guru yang perlu membina soalan untuk matapelajaran yang bukan ospyen mereka.

3.2.10 Setiap dua minggu, satu set soalan berserta JSI, analisis item dan skema jawapan harus siap dibina dan dihantar.

3.2.11 Tarikh-tarikh penyerahan set soalan S1000 untuk pelajar-pelajar PMR dan SPM telah ditetapkan iaitu:

3.2.11.1 Set 1 (Koleksi soalan tahun 2005) : 16 Mei – 20 Mei

3.2.11.2 Set 2 (Koleksi soalan tahun 2006) : 23 Mei – 27 Mei

3.2.11.3 Set 3 (Item binaan sendiri oleh guru) : 30 Mei – 10 Jun

3.2.11.4 Set 4 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 13 Jun – 17 Jun

3.2.11.5 Set 5 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 20 Jun – 24 Jun

3.2.11.6 Set 6 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 27 Jun – 1 Julai

3.2.11.7 Set 7 (Item binaan sendiri oleh guru) : 4 Julai – 8 Julai

3.2.11.8 Set 8 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 11 Julai – 15 Julai

3.2.11.9 Set 9 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 18 Julai – 22 Julai

3.2.11.10 Set 10 (SBP, MRSM, Premier, Elit) : 18 Julai – 22 Julai

3.2.11.11 Taklimat 2 (Pelaksanaan & Penggunaan) : 4 Ogos 2011-05-18

3.2.12 Setiap set soalan yang dibina haruslah dalam bentuk taipan. Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali untuk scan secara terus dari sumber sedia ada kecuali apabila terdapat gambar rajah.

3.2.13 Untuk soalan set 1 dan set 2, soalan-soalannya merupakan koleksi soalan peperiksaan sebenar. Untuk set soalan ini, guru-guru tidak boleh sama sekali melakukan pindaan atau melakukan sebarang perubahan soalan yang terdapat di dalamnya walaupun terdapat perbezaan di bahagian sastera untuk subjek Bahasa Melayu. Soalan-soalan boleh dimuat turun daripada laman web tertentu. Sekiranya soalan dimuat turun dalam format .pdf, dibolehkan.

3.2.14 Untuk set 3 dan set 7 iaitu berkenaan dengan set soalan yang dibina sendiri oleh guru, sekiranya guru-guru tidak mampu untuk membina soalan secara keseluruhan, sekurang-kurangnya guru boleh cuba membina satu bahagian daripada keseluruhan soalan. Tujuan guru diminta untuk membina soalan sendiri adalah untuk melatih guru supaya mahir dengan binaan soalan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan sebagainya.

3.2.15 Bagi set soalan 4, 5, 6, 8, 9 dan 10, soalan-soalan boleh didapati melalui soalan-soalan peperiksaan daripada Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah-Sekolah MRSM, Sekolah Premier dan Sekolah-Sekolah Elite. Tetapi soalan yang diambil haruslah bertepatan dengan analisis bagi soalan-soalan yang telah keluar dalam peperiksaan sebenar dan yang belum keluar dalam peperiksaan sebenar. Ini bermakna, soalan-soalan yang diambil daripada sekolah-sekolah tersebut boleh diedit atau disunting semula.

3.2.16 Setiap soalan yang dibina, haruslah berpandukan kepada aras Taxonomy Bloom.

3.2.17 Sekiranya soalan-soalan bagi matapelajaran yang mempunyai dua kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2, soalan-soalan tersebut tidak boleh dicampur. Soalan daripada kertas 1 harus dipisahkan dengan soalan daripada kertas 2.

3.2.18 Memandangkan kebanyakan nama guru-guru ke-2 di dalam senarai pembina item merupakan guru-guru yang bukan opsyen, maka guru-guru yang sememangnya opsyen dalam matapelajaran tertentu yang juga merupakan ketua harus membimbing guru dibawahnya dalam membina soalan. Guru yang bukan opsyen tidak boleh membuat soalan sendiri tanpa merujuk kepada ketua. Antara cara lain, ketua hanya menyediakan bahan-bahan soalan dan menyerahkannya kepada guru dibawahnya untuk ditaipkan semula.

3.2.19 Guru-guru diminta untuk menyediakan soalan dalam bentuk dua kertas soalan berada pada satu helaian kertas sahaja untuk tujuan penjimatan. Ini bermakna, di dalam 1 helaian kertas terdapat 4 muka surat soalan, dalam erti kata lain, 2 in 1.

3.2.20 Disebabkan bilangan soalan yang dibina tidak menapai sasaran 10000 soalan, nama program S1000 telah ditukar dengan nama ‘Jejak Jaya’ di atas cadangan Pn. Norleha Binti Zakaria selaku Guru Kanan Bidang Bahasa.

3.2.21 Untuk soalan-soalan tertentu seperti Geografi, ia dibolehkan untuk mencetak soalan yang memerlukan pelajar merujuk kepada peta dalam satu helaian kerana peta yang dirujuk harus berada dalam saiz yang besar.

3.2.22 Format penyediaan soalan haruslah selaras mengikut apa yang telah ditetapkan iaitu:

3.2.21.1 Line Spacing - 1.5

3.2.21.2 Program - Microsoftg Word

3.2.21.3 Font - Times New Roman

3.2.21.4 Fong Size - 11

3.2.21.5 View (Header) - SMK Taman Megah Riav-vProgram Jejak Jaya

3.2.21.6 View (footer) - SEJARAH SPM/PMR MODUL SET 1/2011.

3.2.21.7 Muka depan (Atas) – Logo Sekolah, Nama sekolah

(Tengah) - MODUL SET 1

SEJARAH

KERTAS 1

SPM

(Bawah) - Unit Kurikulum

SMK Taman Megah Ria

2011

3.2.23 Berkenaan dengan belanjawan, setiap subjek mencatatkan jumlah nilai yan gagak tinggi. Menurut pengetua, guru-guru tidak perlu bimbang kerana program ini tidak akan memaksa guru-guru menggunakan wang guru dan guru juga tidak perlu bimbang kerana masalah kewangan akan diselesaikan oleh pentadbir. Tiada istilah program Jejak Jaya menggunakan wang panitia.



4. Hal-hal lain



Tiada



Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………… ..........................................................

(NUR ATIQAH BINTI MOHAMAD MOHARAM) (PN. PUSPHA RANI A/P T. PALANISAMY)

Setiausaha Kurikulum Guru Penolong Kanan HEM

SMK Taman Megah Ria. SMK Taman Megah Ria


Ulasan

Catatan Popular