Kejohanan Padang dan Balapan SMKPP 2012

Assalamualaikum semua.. Wah.. Gembira betul ati Tr hari ni.. Mana tidaknya, semalam Rumah Biru menang besar.. Kemudian hari ni (Isnin), SMKPP cuti plak lagi.. Yess..Bolehlah kita relax2 kat rumah kan?

Acara semalam bermula seawal jam 8 pagi.. Lepas ucapan VIP, bacaan Doa, perbarisan......senam robik tu sume, acara sukan pun bermula. Bermula ngan 100m, 200m, 4x100m, 4x400m dan 4x100 jemputan serta acara pegawai. Last sekali acara tarik tali yang dimonopoli oleh rumah BIRU yang perwira sekali pada tahun ni.

Sebenarnya seawal dari acara 100m lagi, Tr dan Pn J tak puas ati ngan kedudukan rumah biru yang diletakkan di line 1 & 2. Memang susah nak kejar rumah Merah n Kuning sbb Tr rase ukurannya tak sama.. Bagilah budak laju macamana sekalipun kat line satu, mmg takkan dapat no 1 kata ko.. Sebagai contoh, setelah dikompelin oleh Pn J, maka Jkuasa pun bagilah C Rumah Kuning kat line 1 manakala A Rumah Biru (line 7), F Rumah Biru (line 8). Akhirnya F no 1, A no 2 dan C no 3. Itupun nasib C memang the fastest atlet in school. Abis je acara tu, terus Pn T tak puas ati plak.. Haa tau pun.. sebelum tu hampir 6 acara dimonopoli oleh rumah Merah n Kuning.. depa xtau..Atlit petang rumah Biru pun laju2 belaka tapi susah nak kejar line no 7 dan 8. Tak adil la kan? Selepas je Pn J kompelin tu, pemberian no 5, 6, 7, 8 diselang selikan. Macam tu la baru betul.. Kalau buat dari awal kan bagus..

Masa acara hadiah... Trofi banyak diberi kepada Rumah Biru. Olahragawan harapan... rumah Merah. Olaharagawati harapan..rumah biru. Olahragawan sekolah..rumah Biru. Olahragawati sekolah...rumah Merah. Maskot dimenangi oleh rumah Biru.. Perbarisan rumah Biru pula boleh dapat no 2. Tr sampai tak percaya langsung. Tahniah la pada Pn C n D.. Tarik tali of course dua2 rumah Biru bolot. Namun Tr akui rumah Hijau pagi memang kuat. Menyebabkan rumah Biru pagi sedikit goyah dengan kecederaan tangan Amrit lagi. Namun berkat sokongan kawan2 dan guru2 rumah Biru (yg hampir nak terkeluar anak tekak ni), rumah Biru akhirnya berjaya menewaskan rumah Hijau.

Dah lah tu.. Jom tengok gambar..



































TAK SYAK LAGI..






Tahniah Rumah Biru.. Kepada kawan2 rumah lain, jangan terasa ati.. Tahun ni bagi canlah pada rumah biru menang.. Mana2 yg terasa ngan tr, Tr minta maaf yer. Seboleh2nya tr nak jaga ati semua org.. tr xsuka klu ada kwn2 umah lain yg bermasam muka sbb umah biru menang.. biasalah tu.. kadang2 kita naik, turun.. lumrah alam.. masa umah biru dapat no 4 dulu, tebal gak muka tr, desing gak telinga..tapi kita diam jelah.. bukan bleh turn back time pun...

Tahniah juga rumah Kuning dan Merah sbb melahirkan ramai atlit berbakat.. Lepas raya, Tr nak start wat training MSSD..

p/s: Tahun dpn, tr nak conquer bidang makanan n minuman plak..

Ulasan

Catatan Popular