Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Cikgu

Khas Untuk Insan Yang Bergelar Guru

 TENANG IS GOOD. Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas. Seorang guru wanita yang komited. Berusia awal 40an. Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi. Salur darah ke otak pecah. Sewaktu menunggu untuk dimandikan, darah membuak buak tanpa henti dari hidung. Punca kematian hanyalah  asbab. Saat ini dia tidak lagi payah memikirkan hal hal dunia. Ramai kawan kawan aku dikalangan guru menghidap pelbagai penyakit. Paling banyak darah tinggi. Aku pun tidak terkecuali. Puncanya disebabkan stress dan juga gaya hidup. Ada yang rebah ketika perhimpunan. Pernah aku lihat video seorang guru tumbang semasa membuat persembahan dihadapan murid. Masuk usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal mengajar dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mere...