Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel news

Jeritan Datuk Selamatkan Cucu Daripada Diculik 'Lollilop Man'

Pasar Keramat ~ Tindakan pantas seorang datuk telah menyelamatkan cucunya dari menjadi mangsa culik. Ketika kejadian, datuk berkenaan, Syed Sulaiman Syed Ayed,62, sedang berhenti di gerai sayur2an sementara meminta cucunya tidak kemana2. Tidak lama kemudian beliau menyedari cucunya hilang. Setelah berlegar2 di sekitar kawasan tersebut, beliau terlihat cucunya dipimpin oleh seorang lelaki ke satu lorong kecil dalam jarak 20 meter. Beliau terus menjerit memanggil nama cucunya namun pada panggilan yang ketiga, barulah cucu itu menoleh ke arahnya. Datuk berkenaan terus menarik tangan dan memeluk cucunya sementara penculik yang berumur dalam lingkungan 20-an terus melarikan diri. Menurut Syed Sulaiman, cucunya telah dilambai oleh seseorang dan diumpan gula2 lollipop sebelum dia tidak sedar apa yang berlaku. {melihatkan kepada kejadian ini, kita tahu ianya boleh terjadi kepada sesiapa jua.kenyataan yang mengatakan `jangan suka jaga tepi kain org' dah tak boleh digunapakai lagi. maklum ...

Anak Sampah!!

Anak jenis apa ini? Sanggup tinggalkan ibu sendiri di hotel bajet? Tak sanggup tengok tangisan ibu ini.. KEPADA ANAK YANG BERKENAAN, TOLONGLAH JAGA IBU INI.. INGATLAH SYURGA ITU TERLETAK DIBAWAH TAPAK KAKI IBU.. SESUSAH MANA KAMU, SUSAH LAGI SI IBU SEMASA MENJAGA KAMU SEMASA KECIL.. KUALA LUMPUR : Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu. Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan. Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota . Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran e...

Amaran Shahrizat

KUALA LUMPUR : Bagi mengotakan janjinya yang mahu memberi amaran keras kepada pihak tertentu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mendesak pembangkang menghentikan serangan berbaur peribadi terhadapnya. Sambil menyebut jelas nama Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin di hadapan 994 perwakilan Wanita, beliau menggesa pemimpin pembangkang itu mendesak presiden partinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan seperti yang dilakukan terhadapnya. “Saya nak kata kepada Zuraida...ooo, awak nak suruh saya letak jawatan...saya nak mencabar...okey, dengar ya puan-puan (semua perwakilan berdiri), saya nak mencabar Ketua Wanita PKR ini yang mendesak saya letak jawatan kerana apa....hanya kerana suami saya menjadi Pengerusi Eksekutif NFC (Perbadanan Fidlot Nasional). “(Sedangkan) saya tak kena mengena...saya jalankan tugas saya, suami saya buat tugas dia....(Zuraida) nak suruh saya letak jawatan, (ia) tak ada kena mengena. Kala...

Ucapan Dasar Presiden- UMNO menjuarai Transformasi

Dipetik dari UMNO Online. Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya. Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping...

Jom visit..

Jom jenguk blog Akar Bangsa.. Kita sokong perjuangan dan rumpun bangsa sendiri.. Nantikan kemunculan t-shirt baru Akar Bangsa. Harga pun takdelah mahal.. Berpatutan je..

Hari Graduasi 2011

Pada hari ini (15 Oktober 2011), bermulalah satu sejarah permulaan majlis graduasi bagi SMKPP. Seramai 200 lebih pelajar Tingkatan 5 telah mengambil bahagian dalam pengambilan sijil. berita selanjutnya, sila baca di smkppyoungprefects.blogspot.com hehe

Solat Hajat PMR dan SPM

Pada hari Jumaat lepas (23/9/2011), telah diadakan satu majlis Solat Hajat PMR dan SPM yang bertempat di Masjid As-Salam, Puchong. Majlis bermula pada pukul 6pm dan berakhir pada pukul 9.30pm. Tr adalah mengambil beberapa gambar (suka-suki) sepanjang majlis tsbt.. Jom Checkidouts!! Korang juga akan mengalami saat2 ini.. Menghadapi PMR dan SPM serta sama2 join solat hajat utk kecemerlangan korang.. Tr harap bila korang dah naik form 3, 4 and 5, jangan lupakan tr dan semua guru2 petang yang lain... (",)

Bilik Putera dan Bilik Puteri

Semalam, 18 Julai 2011 (Isnin), pengetua kita, Cik Mat telah merasmikan tandas baru di sekolah kita.. opps! bukan tandas lagi tapi digelar Bilik Putera dan Bilik Puteri. Di hadapan BPP ini terdapat satu kaunter pembayaran serta ada seorang penjaga di situ. Setiap kali nak masuk, korang perlu membayar RM0.10. Tak mahal kan? Cuma seposen je.. Jadi korang.. lepas rehat je, korang kena spare seposen atau doposen utk BPP, ok? Di kaunter tersebut juga ada diletakkan rak kasut dan selipar.. So whenever u want to come in, u've to change ur shoes to slippers. (pakai kaki ayam pun tak boleh). sebelum nak masuk, baca dulu.. kang tersilap masuk.. Amy gaya je lebih, masuk pun belum.. Dalam pun selesa Kaunter bayar dan tempat letak kasut Jangan berebut-rebut Bilik Putera Tak sangka kan? Tr tgk Bilik Putera dan Puteri ni cantik jugak ler.. Dalamnya pun selesa.. Memang bertuah kita dapat pengetua macam Cik Mat, kan? Dengan adanya 'BPP' ni, tr harap korang su...

Kem Kepimpinan Pengawas Fasa 2

Assalamualaikum.. Kem Pengawas Fasa 2 bermula pada hari ini (Jumaat 24/6/2011).. Jadi tr dan beberapa orang guru akan mengiringi para pengawas ke Bagan Lalang, Sepang.. Setakat semalam jumlah pengawas sesi petang adalah seramai 70 orang.. Guru2 yang akan mengiringi pelajar ialah... Tr Pn Vipha Pn Salmiah Pn Saayah Pn Julia Pn Aisyah Pn Hamidah En Shahrin En Hasnizam En Nizam En Ramzee En Md Shah Cikgu Hidayah tidak dapat ikut kerana ayahnya sakit.. Jadi dia perlu menemani ayahnya.. Tr dan kawan2 semuanya faham dengan situasi cikgu Hidayah.. So Hidayah, don't worry.. I'll take care the rests.. Aktiviti2 dikhabarkan memang best.. Manakala fasilitator2nya pun telah lama bersedia..Diorg oklah tr tgk.. Belumpun kita cakap diorg dah buat dulu.. Baguskan.. Kem kali ni tr ikut sampai abiss.. Kalau dulu, kem2 yg lepas tr cuma akan bermalam sehari saja.. Anak2 suami tr yg jaga.. Sekali-sekala kan.. Kadang2 macam nak bawak je abg adi tu.. Mesti dia seronok gi sana... ...

New day, new spirits..

Ahlan wa sahlan.. Berita tergempar, smlm rumah biru dapat no 3 dalam arena sukantara sekolah.. Malu tak agak.. Tr malu tau.. Tak penah dibuek dapat no 3 @ no 4 ni.. Tapi tr tak nafikanlah tahun ni rumah biru agak 'lemau' sedikit.. Tp itu tidak sekali2 akan melemahkan semangat kami.. Tr yakin rumah biru boleh 'bangkit'! Kami akan cuba mengejar umah hijau.. Klu masih tak dpt kejar, harap jangan marah aa boss.. We'll try our best.. Hari ni, acara Lompat Jauh dan Lompat Tinggi.. Lompat Jauh, sume org suka tp Lompat Tinggi ni, selalunya budak pompuan susah sikit nak buat.. Malu punya pasal.. Jangan pk pasal malu, pk maruah umah kita..ok? All the best to BLUE!

SUKANTARA SMKPP

Assalamulaikum.. Bertemu lagi kita di ruangan berita Tr's Linda.. Hehehe apa mengarut daa.. Ok, esok 21/6/2011, bermulalah era 'kesukanan' di sekolah kita.. Arena ni paling ditunggu2 oleh pelajar.. Yuk! apa lagi? bersemangat semua!! Kita kalahkan rumah hijau, kuning dan merah!!! Esok dan hari selasa, kita ada sukantara.. jadi, jangan lupa mai sekolah jam 8. Rumah lain nak datang sekolah pukul 9.30 pun takpe.. Rumah biru wajib datang!!! Kita tak rela dikalah'in.. waduh.. cinta melody amatttttt..

Majlis Pelancaran Maskot Rumah Sukan

Ahlan Wa Sahlan.. Assalamualaikum wbt.. Bertemu lagi kita di ruang tanpa sempadan ni.. tr tau tr kena upload gambar2 ni dgn cepat tp semalam tr penat sgt.. hehehe jd tr tertido.. zzzz Ok, semalam (16/6/2011) telah diadakan satu majlis pelancaran maskot rumah sukan yg sblm ni mmg tak penah wujud di sekolah kita..tidak pernah ada pelancaran der.. tapi smlm first time kita dapat lihat sume tu.. sepanjang 4 thn tr mengajar di smkpp, itulah yg pertama kali tr rasa kemeriahan hari sukan yang bakal kita tempuhi.. Guru2 rumah sukan sangat bersemangat.. Lebih2 lagi rumah hijau dan kuning.. Tr guru rumah biru.. Tr akui penyokong2 rumah biru agak hambar semalam.. tp masih belum terlewat lagi.. ada tempoh 2 minggu lagi sebelum sukan akhir padang.. Tr akan turun padang ler.. Terima kasih yang tidak terhingga buat LYNDA sebab tulun ambilkan gambar utk tr.. Jom kita 'checkitout' gambar2 ni.. Maskot Rumah Merah sudah tiba Kelihatan Che Mat dan beberapa orang guru sedang menantika...