Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel guru

Hari Guru SMK Juasseh 2015

Tanggal 22 Mei 2015 yang lalu, SMK Juasseh meraikan sambutan Hari Guru dengan tema Ala Fadang Fasir.. Happening juga.. Ramai juga cikgu2 yang menepati tema.. Tr cuma memakai jubah sahaja..Tak sempat la nak cari baju tema.. Ala kadar je le.. Tanpa membuang masa, jom riki album gambar dari kamera canggih Tr ni.. (huhuhu kamera pinjam) Cikgu Aida, Cikgu Suzi dan Cikgu Muslimah.. Tr pun takmo ketinggalan ambil gambar Tambah kapsyen Mano cikgu2 lain ni? Pak Arab dah ready dah tu Kecoh juga bila cikgu2 dah mula berkumpul.. aiyolah.. mano yg lelain ni... Masih tak ready lagi tu.. 1, 2, 3.....snap! kontrol pernafasan.. Sesi kandid.. sporting tak? Macam-macam gaya dah.. Haa... inilah kawan2 baik Tr kat SMKJ Apolah yang digolak eh kek Cikgu Muslimah n Cikgu Suzi tu Sekali Cikgu Hasnol n Cikgu Zaha interframe daa...haha Makan time Comel tak Cikgu Muslimah? Itu jelah gambar2 dari album Tr.. sehin...

Mesyuarat Guru SMKPP (terakhir sesi 2012)

PM memaklumkan bahawa beliau mungkin akan berpindah di PPD Hulu Langat.. PM kata kalau boleh dia nak tolak.. Tr tau ramai yg xsuka dgn PM tp bagi tr la he's full of vision, full of determination, spirits.. Rugi kalau kita xcedok ilmu dari dia.. Tr xpenah membenci malah tr hormat dgn dia.. Kalau diberi tugas, tr cuba buat sehabis boleh.. Hari ni ada sesi luahan rase.. Luahlah apa yg terpendam..

KAU ADI GURU

Hmmm... Sajak ni baru dideklamasikan oleh Syahirah, Ronnie dan Hemalah pada Sambutan Hari Guru yang lepas.. Sajak ni telah dipilih oleh Bos.. Namun bukanlah Bos yang mencipta sajak ini..(Bos juga pandai mencipta sajak, cuma tahun ni tak sempat gamaknya..) Tr tergerak nak letak dalam blog tr sbb...: Sajak ni best, ada kena-mengena dgn profession tr sebagai seorang guru.. Adi tu nama anak tr.. Guru tu kan tr.. Dah kenalah tu.. Sajak ni sajak baru..Buatan 2011.. Jadi tr pun taknak ketinggalan.. Tahun ni cuma Tok Ketua yang berkesempatan membuat sajak pada malam sebelum sambutan tersebut. Malah bila dideklamasikan oleh 3 penyajak 'hebat' n diiringi oleh gitar Tok Ketua, sajak itu masih belum punya nama. Caya tak caya la.. Tak taulah sekarang kalau Tok Ketua dah bagi nama.. Okeh, tanpa membuang masa.. Ku persembahkan sajak hasil nukilan IBNI KHALID JURAIT yang bertajuk KAU ADI GURU ..... Kau Adi Guru Anak-anak menjerit Pelajar nakal Murid-murid bising Kau tegur, bimbing ...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Oh Guru..

Hmmm... Tak lama lagi 16hb Mei 2011 adalah merupakan Hari Guru. Tr juga pernah mempunyai guru.. Ada guru yang tr suka n tr ingat sampai kini.. Ada juga guru yg tr tak suka (kerana tr juga insan biasa, punya hati n perasaan). Namun tr tak simpan dalam hati.. Nama2 cikgu yg tr masih ingat n lekat di hati... SEKOLAH RENDAH Cikgu Muhammad Cikgu Yati (dah jadi YB skrg) Cikgu Aida Cikgu Khadijah Cikgu Norlia Ustazah Maimunah Ustaz Pit SEKOLAH MENENGAH (TUANKU MUHAMMAD SCHOOL ) Sir Syukrimi Cikgu Jambang (alamak, terlupa plak nama cikgu. Takpe muka ingat) Cikgu Abu Zaini Cikgu Radhiah SEKOLAH MENENGAH (SM DATO' ABDUL SAMAD) Haa... yang ni best.. Semua cikgu kat sini tr sayang.. Sbb apa, cikgu2 kat sini tak penah 'pilih bulu'. Cikgu2 SMDAS sentiasa bertungkus-lumus ngajar semua murid, tak kira awak pandai ataupun tidak.. Paling tr ingat, Cikgu Zakiah, Sir Zainal Abidin, Cikgu Shikin, Cikgu Noraini... Semua cikgu B.I best2.. Cikgu Sastera tr pun best juga. Impia...