Assalamualaikum semua.. Tanggal 23 Mac 2017 yang lepas, berlaku kejadian yang sedih buat kami sekeluarga. Kucing kesayangan kami hilang. Kini sudah hampir 2 minggu Wolfie hilang. Kemana hilangnya Wolfie? Puas sudah kami mencari di sekeliling taman. Namun masih belum berjumpa. Itulah satu-satunya kucing kesayangan kami. Sekiranya ada yang terambil, mohon pulangkan semula. Adi rindu kucingnya.. Saban malam anak kecil itu hiba mengenangkan Wolfienya. Sekiranya ada sekelumit belas dihati sang pengambil, pulangkanlah Wolfie.. Kasihanilah anak kami..😢
Tr suka tengok gelagat orang.. Tr suka bagi komen.. Kadang-kadang apa yang Tr lihat, Tr hadap, Tr akan adaptasikan di dalam blog Tr. Jelaslah yang blog ini bukan berbentuk ilmiah. Kalau suka, bolehlah follow. Tak suka pun boleh follow..