Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel general

Adab

Hari ni Milah marah-marah.. Sakit benar hatinya bila masuk ke kelas, anak-anak murid tidak mahu mendengar kata. Kelas hujung, 4 Corot memang begitu. Tiada murid yang mahu mendengar celoteh guru. Lelah guru yang sanggup mengejar waktu relief semata-mata ingin mengajar, diketepikan dan diperlekehkan.. Seman dan Malik dengan selamba tidur dalam kelas sambil kaki diletakkan di atas meja. Bila ditegur oleh Milah, Seman mencebik dan tidak takut mungkin kerana sudah kebal.. Malahan Seman buat muka terkejut bila diugut oleh Milah untuk dikenakan tindakan disiplin. Hati Milah membara bagaikan larva Gunung Pinatubo. Dari pagi hingga petang cerita tentang kelas 4Neraka itu tidak hilang dari mulutnya. Semua orang tahu Milah terlalu marah. Andai kala itu Milah seorang Kelembai, pasti Seman sudah disumpah menjadi tong gas ataupun peti ais. Milah terlalu sedih. Hatinya bagai disiat-siat dengan kelakuan dua budak nakal itu. Rasa menyesal masuk ke kelas 4 Neraka terus menerobos ke ruang otaknya. Meliha...

Rawatan Rendaman Kaki bersama Ais dan Garam Bukit

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit dan Ais Batu 😍 Untuk pengetahuan anda, amalan rendaman kaki dengan air yang dicampurkan dengan sedikit ais batu dapat melegakan ketegangan otot dan ianya dapat mengelakkan dari gangguan jin. Tahukah anda? Bila anda bangun dari tidur bila di pijak kaki pada lantai yang sejuk jika anda terasa menyucuk di tapak kaki itu maknanya dalam badan anda banyak angin. Angin dalam badan anda itu adalah angin tidak elok. Sesiapa yang mengalami masalah tersebut, kerap sakit kepala, sakit belakang, sakit belikat ,lenguh tengkuk, kerap sendawa, kerap kembung perut. Terapi rendaman kaki dengan air yang dicampurkan bersama sedikit ais bagi orang yang sukar tidur malam adalah baik jika diamalkan. Bagi masalah sakit kepala pula ataupun bisa sakit-sakit badan adalah elok untuk mengamalkan rawatan rendaman kaki yang dicampur bersama dengan ais ini. Menurut Perubatan Islam, sekiranya anda ada mengalami gangguan jin yang kronik anda pasti akan rasa sakit sepe...

Kisah Masyarakat..

PesanPesanJe.. 😁 Anak lelaki meninggal. Tinggal kereta dan rumah. Menantu tak kerja. Anak ada 3. Semua kecik-kecik lagi.  Memanglah jadi harta pusaka dan boleh dibahagikan. Hanya soalnya, siapa yang betul2 nak tanggung balu itu dan anak-anaknya selepas semua harta tu diambil dan dibahagikan? Sanggup ke tengok menantu dan anak-anak buah tu meminta-minta untuk makan.  Tak payahlah direbutkan kereta tu dan rumah tu. Tak ada ke perasaan kasihan dan simpati kepada orang-orang yang kehilangan tempat bergantung? Direbutkan juga harta-harta tu. Tapi masa orang tu sakit, nak hulur RM5 pun tidak. Meninggal hartanya direbutkan. Kesihan balu 3 orang anak tu.  Perkembangan terkini.. Menantu makcik ke yang telepon puan tu? Ntah. Kenapa? Makcik ada menantu yang kena macam ni ke? Aah. Anak makcik baru meninggal. Kami ni sekeluarga puan, hanya nak kan hak. Islam yang suruh. Bukan kami pandai2. Makcik ikut aje. Ooo. Tapi betullah makcik. Kita kena ikut Islam. Saya sokong makcik, anak-anak...

Monday Blues part 2

Hari ni kerengga sound semut sebab semut tak masuk jaga periksa pada waktu pertama... laaaaa.. semut tak perasan la kengge.. bagilah wassap banyak mana pun, semut memang xdapat nak masuk sebab.. Tak pasan ada nama dlm jadual..(waktu pertama utk ketua sarang..hehehe semut bukannya jaga sarang tu pun..semut jaga sarang kecik. Jadi mana la semut perasan) Ada satu lagi alasan, tp tak perlulah dinyatakan disini.. (tak kisahlah ada alasan ke tak.. insects nowaday dont like to hear excuses..blablabla..) Sorilah.. mentang2la semut ni jenis tak suka ambil hati.. tak perlulah sound2 serupa semut ni takde hati.. mentang2 la semut ni masih baru..  Dahlah.. semut dah pun highlight semua pengawasan semut dari mula exam sampai akhir. Tak mau dah pisang berbuah 2 kali.. semut ni sebenarnya mudah terasa gak sebenarnya.. akhirnya dari awal pagi tensen, sakit kepala...terbang smpi ke rumah.. Kesian anak2 didik semut yang terkena tempias.. maaf yer.. sapa suruh nakal2, kan semut dah ber...

Inilah Nasibku... leng leng kong, meng meng kong...

Tatkala semua insan tengah lena diulit mimpi, tr tak yo dapek poie tido sobab time nilah anak tr beradu...tr dapek buek kojo tr balik.. huhuhu kol bapo lah tr tido kang ni.... sebelum tu jom layan kerenah anak2 tr.. boleh ngilangkan stress..:)

Mesti baca!

Bukti kezaliman 42 tahun UMNO dari tahun 1970 sehingga 2012! Di bawah ini merupakan nukilan seorang pelajar perempuan dari Universiti Utara Malaysia yang terlalu kesal dengan kerajaan Malaysia. Saya akan senarai kan satu per satu. Mesti baca! -Pendapatan kasar Negara tahun 1970 RM12.75 billion sekarang RM830 billion. -Pendapatan Per Kapita tahun 1970 RM1,070 sekarang RM29,225. -Kadar Kemiskinan tahun 1970 – 49.3% sekarang 3.8% -Bilangan sekolah tahun 1970 – 5,109 buah sekarang 10,019 buah. -Bilangan universiti tahun1970 – 3 buah sekarang 59 buah -Bilangan Hospital tahun 1970 – 126 buah sekarang 376 buah -Purata Jangka Hayat tahun 1970 - 63.6 tahun sekarang 74.1 tahun -Pelaburan asing tahun 1970 – RM212 juta sekarang RM32.9 billion. -Populasi tahun 1970 10.9 juta sekarang 28.4 juta -Kematian bayi bagi setiap 1000 kelahiran hidup tahun 1970 - 39.4 orang sekarang cuma 7 orang -Jumlah subsidi setahun RM33 billion. Bermakna setiap rakyat mendapat secara purata RM7,560 setahu...

Bestnya..

Umie Humairah abg adi dengan kacamata Makyangnya Tr baru je balik dari kampung semalam.. Punyalah seronok dapat balik kampung.. Berbuka, bersahur.. fuhh memang best lah! Petang Sabtu tu tr sempat meronda bazar Ramadhan di Kuala Pilah (my hometown). Masa tu dah pukul 6.30pm. Punyalah ramai org beli time last minute, tr pun tak terkecuali la.. Abg ikut tapi selepas 2 round tawaf, dia dah penat.. Tr dan adik tr gilir-gilir dukung abg.. hehe..Semalam sempat lagi tr and family pegi ke pekan Bahau utk shopping baju raya anak2.. punyalah banyak baju sampai rambang mata nak memilih.. tapi adik batuk, selsema, sakit mata n abg demam, so pergerakan tr n suami agak terbatas la.. tr sempat cari baju adik sehelai je.. abg dapat 4 helai baju dan 2 seluar.. susah tr nak memilih utk adik sbb dia tak sedap badankan.. xpe, masa masih panjang..tr akan meronda IOI pula nanti.. InsyaAllah..

Saja-saja...

Tak sangka dah 5 hari kita berpuasa.. Korang pose tak? Tr ada ambil gambar sepanjang minggu ni.. Saja-saja.. tr kan suka amek gmbr.. Walaupun tak pandai amek, tr amek juga.. hehehe... ada gak gmbr yang tr ambil dari kampung tr.. sbb tr mmg blk kg minggu lepas.. Ini Ridzwan, pengawas pagi Rendang daging resepi masakan mak tr sapa ni? muka org yang ponteng solat ni pun sama

Frustnyer...

Kita kalah juga akhirnya pada Singapura.. Hishhhh keciwa sungguh rasanya.. Cuba bayangkan apa perasaan penyokong2 Malaysia kat Bukit Jalil nun.. sure lagi sedih.. Dari awal tr n suami tak senang duduk melihat pertahanan Malaysia.. Tak dinafikanlah, pemain Singa pandai kawal bola..tapi diorg *** , tak aci betul.. berlakon mmg no 1.. menyampah btl tr.. lebih2 lagi si mamat keeper tu.. sakit je ati... Bila team kita dah kalah, tr n suami redha je.. Itu dah kira ok lah kan..Kita pun takde pemain import cam diorg.. kita 100%ly Malaysians.. We should proud with it. Hero kita, Safee

Exam

Bermula hari ini, peperiksaan bulan Julai akan dijalankan.. Tr harap semua pelajar dah prepare n ready.. Exam inilah yang akan menentukan setakat mana korang paham ilmu yang diajar oleh guru korang dalam kelas.. Ingat cakap Cikgu Shahrin: Doa Usaha Tawakkal Korang pasti akan berjaya..

Bilik Putera dan Bilik Puteri

Semalam, 18 Julai 2011 (Isnin), pengetua kita, Cik Mat telah merasmikan tandas baru di sekolah kita.. opps! bukan tandas lagi tapi digelar Bilik Putera dan Bilik Puteri. Di hadapan BPP ini terdapat satu kaunter pembayaran serta ada seorang penjaga di situ. Setiap kali nak masuk, korang perlu membayar RM0.10. Tak mahal kan? Cuma seposen je.. Jadi korang.. lepas rehat je, korang kena spare seposen atau doposen utk BPP, ok? Di kaunter tersebut juga ada diletakkan rak kasut dan selipar.. So whenever u want to come in, u've to change ur shoes to slippers. (pakai kaki ayam pun tak boleh). sebelum nak masuk, baca dulu.. kang tersilap masuk.. Amy gaya je lebih, masuk pun belum.. Dalam pun selesa Kaunter bayar dan tempat letak kasut Jangan berebut-rebut Bilik Putera Tak sangka kan? Tr tgk Bilik Putera dan Puteri ni cantik jugak ler.. Dalamnya pun selesa.. Memang bertuah kita dapat pengetua macam Cik Mat, kan? Dengan adanya 'BPP' ni, tr harap korang su...

Program Isra' dan Mikraj di SMKPP

Pada hari Jumaat, bertarikh 15 Julai 2011 bersamaan 13 Sya'ban 1432H, (Jumaat), tepat pada pukul 5.00 petang, sekolah kita telah mengadakan ceramah Isra' dan Mikraj di dataran perdana SMKPP. Ceramah tersebut disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Razis bin Ismail, Imam I Masjid An-Nur Woodlands, Singapura. Program ini bertujuan bagi memperingati perjuangan (jihad) Rasulullah saw dalam menegakkan syiar Islam, menambahkan rasa cinta kita terhadap Allah dan Rasul, meningkatkan iman dan taat kepada Allah dan Rasul serta dapat membentuk kesedaran pelajar terhadap perjuangan Rasul yang kita kasihi. Antara isi ceramah: Bagaimana kita mempersiapkan diri kita utk alam akhirat (Passport Akhirat) Nama : Manusia Asal : Tanah Maklumat Peribadi: al-Quran sumber rujukan Maklumat Perjalanan: Dari masjid Pakaian VIP: Kain kapan Pegawai Imigresen: Mungkar dan Nangkir Kenderaan: Keranda Transit: Alam Barzakh Kenapa solat kita kadang2 tidak diterima Allah? Kata Ustaz, kita n...

Kem Kepimpinan Pengawas Fasa 2 (Bagan Lalang) episod 7

ta daaaaa.. sampailah kita ke episod 7.. Siapa kata Vimala tak cantik?  Keesokkan harinya pula.. Ahad 26/7/2011 Cikgu Halimatun laju je..