Agama Islam membenar malah mengharuskan seseorang itu berhutang ketika berdepan dengan kesusahan dan kesempitan hidup yang melibatkan masalah kewangan. Dalam masa yang sama, Islam memberi galakkan kepada umatnya agar memberi bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan dalam pelbagai bentuk seperti pinjaman secara hutang bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka lebih-lebih lagi dalam hal keperluan asasi. Firman Allah S.W.T : Maksudnya : "Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah (semata-mata untuk mendapatkan pahala) dengan pinjaman yang baik (ikhlas) akan digandakan balasannya dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia" (Al-Hadid : 18) Firman Allah S.W.T : Maksudnya : " Dan bertolong-tolonglah kamu pada jalan kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah bertolong-tolong pada perkara dosa dan permusuhan" (Al-Maidah : 2) Namun demikian, Islam begitu teli...
Tr suka tengok gelagat orang.. Tr suka bagi komen.. Kadang-kadang apa yang Tr lihat, Tr hadap, Tr akan adaptasikan di dalam blog Tr. Jelaslah yang blog ini bukan berbentuk ilmiah. Kalau suka, bolehlah follow. Tak suka pun boleh follow..