Langkau ke kandungan utama

Daun pudina daun limau purut..


Hahaha mesti korang pelik tengok title xde kena-mengena dengan cerita.. saja je buat lain dari yang lain.. hanya nak meluahkan isi perut je.. mungkin lepas diluahkan hati aku akan kembali normal.. dua tiga hari ni rase nak marah je...

Peliklah tengok orang sekarang, tegur sedikit pun dah nak sentap.. kisahnya begini..

Ada sorang kawan ni.. di depan rumah sewanya ada terpampang notis sewa/jual oleh tuan rumah.. aku pun tanyalah melalui mesej.. dia nak pegi mana2 ke smpikan tuan rumah lekatkan benda alah tu.. dia tak balas.. aku pun tak kisah apa.. aku biarkan aje.. tak sangka dia sentap pulak.. tak biasa ke apa? Apalah salahnya bagi mesej bgtau yang ko belum nak berpindah ke hapa.. explain la.. Cam aku ni jahat sangat plak sampai nak halau ko.. aku bukan tuan rumah tu pun..  Aku pun pernah menyewa suatu ketika dulu.. tuan rumah pun pernah buat gini pada aku.. siap ada orang ada melawat dalam rumah lagi masa tu.. padahal aku belum nak pindah mana2 lagi.. nak sentap buat apa? Aku bukannya menyindir ko pun.. 

Satu malam ada discussion depan rumah.. suami aku nak keluar, tapi bila nampak kawan2 depan rumah..dia pun ada niatlah nak menegur..tiba2 laki kawan sentap ni tiba2 minta diri nak masuk..dah kenapa dgn dia? Sentap laki bini sungguh diorang ni.. aku pun bukannya suka gaduh dengan jiran..tp bila dah berlaku gini, aku jd marah, geram, sakit hati la... 

Selama ni aku wat diam je menjaga hati jiran dan sebagainya.. lepas ni, sendiri mau ingatlah.. aku ni pun bukannya kaki mesyuarat tingkap pun.. dan aku tak tau pun ntah apa yang ko dah canangkan pada ahli2 mesyuarat ko..hahaha..

Kucen... yaaaa kucen... ko tak leh jaga kucen2 ko baik2? Ingat rumah aku ni jamban? Selama ni aku sabar je ngan kucen2 ko.. Skrg tidak lagi... satu amaran keras telah diberikan supaya mereka tidak lagi berani datang bersiar2 sambil berak di rumah aku.. Nampak tak aku dah mula jadi jahat??? Hoiii... aku bukannya bunuh@cederakan kucen tu la.. sekadar memberi amaran lisan je kat kucen tu ngan tuan dia... biar dia tau rumah aku ni kawasan no entry.. kalau berani, masuklah lagi..hehehe..

Hehehe... oklah.. kiranya aku dah luahkanlah masalah aku ni kan? Hati aku dah tak sakit lagi dah.. lega rasanya..

Takde niat pun nak manjang2kan hal ni.. aku cuma meluahkan perasaan.. dia yang start dulu.. aku okey je.. tiba masanya nanti, cerahlah keruh dilangit tu balik.. cuma tak tau bila je..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...