Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2022

Adab

Hari ni Milah marah-marah.. Sakit benar hatinya bila masuk ke kelas, anak-anak murid tidak mahu mendengar kata. Kelas hujung, 4 Corot memang begitu. Tiada murid yang mahu mendengar celoteh guru. Lelah guru yang sanggup mengejar waktu relief semata-mata ingin mengajar, diketepikan dan diperlekehkan.. Seman dan Malik dengan selamba tidur dalam kelas sambil kaki diletakkan di atas meja. Bila ditegur oleh Milah, Seman mencebik dan tidak takut mungkin kerana sudah kebal.. Malahan Seman buat muka terkejut bila diugut oleh Milah untuk dikenakan tindakan disiplin. Hati Milah membara bagaikan larva Gunung Pinatubo. Dari pagi hingga petang cerita tentang kelas 4Neraka itu tidak hilang dari mulutnya. Semua orang tahu Milah terlalu marah. Andai kala itu Milah seorang Kelembai, pasti Seman sudah disumpah menjadi tong gas ataupun peti ais. Milah terlalu sedih. Hatinya bagai disiat-siat dengan kelakuan dua budak nakal itu. Rasa menyesal masuk ke kelas 4 Neraka terus menerobos ke ruang otaknya. Meliha...

Kita dah makin tua..

KETIKA USIA SEMAKIN TUA Oleh: Panji Bhuana Ketika usia semakin tua Jejak senja kian nyata Terukir dan terlukis dalam cerita Tanah kubur-kubur menganga Apakah lagi yang ingin dipinta Mengikuti jejak nafsu dunia Janganlah larut dalam angkara Agar tiada berakhir sia-sia Dahulu mungkin kita berdaya Memaculi bumi dan menoreh semesta Menjadi pribadi beradab dan berkharisma Tetapi kini ketika kerapuhan mendera rangka-rangka Garis lintasan waktupun tidak selurus pada awalnya Sebelum semuanya rebah ke tanah tiada daya Untailah kembali jejak langkah jiwa Menelusuri jalan berpendar cahaya Kembali pada keutuhan keyakinan pada yang esa Bumi di pijak akan berderak Merekah patah-patah dan retak Ketika jejak langkah limbung terbawa ombak Awas karam di tempat banyak pasak Tiada lagi arogan dan obsesi terbahak Semuanya merapuh batuk-batuk dan serak Liur mengental laksana dahak Lidah menjulur tak mampu teriak

Khas Untuk Insan Yang Bergelar Guru

 TENANG IS GOOD. Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas. Seorang guru wanita yang komited. Berusia awal 40an. Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi. Salur darah ke otak pecah. Sewaktu menunggu untuk dimandikan, darah membuak buak tanpa henti dari hidung. Punca kematian hanyalah  asbab. Saat ini dia tidak lagi payah memikirkan hal hal dunia. Ramai kawan kawan aku dikalangan guru menghidap pelbagai penyakit. Paling banyak darah tinggi. Aku pun tidak terkecuali. Puncanya disebabkan stress dan juga gaya hidup. Ada yang rebah ketika perhimpunan. Pernah aku lihat video seorang guru tumbang semasa membuat persembahan dihadapan murid. Masuk usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal mengajar dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mere...