Adab

Hari ni Milah marah-marah.. Sakit benar hatinya bila masuk ke kelas, anak-anak murid tidak mahu mendengar kata. Kelas hujung, 4 Corot memang begitu. Tiada murid yang mahu mendengar celoteh guru. Lelah guru yang sanggup mengejar waktu relief semata-mata ingin mengajar, diketepikan dan diperlekehkan.. Seman dan Malik dengan selamba tidur dalam kelas sambil kaki diletakkan di atas meja. Bila ditegur oleh Milah, Seman mencebik dan tidak takut mungkin kerana sudah kebal.. Malahan Seman buat muka terkejut bila diugut oleh Milah untuk dikenakan tindakan disiplin.

Hati Milah membara bagaikan larva Gunung Pinatubo. Dari pagi hingga petang cerita tentang kelas 4Neraka itu tidak hilang dari mulutnya. Semua orang tahu Milah terlalu marah. Andai kala itu Milah seorang Kelembai, pasti Seman sudah disumpah menjadi tong gas ataupun peti ais. Milah terlalu sedih. Hatinya bagai disiat-siat dengan kelakuan dua budak nakal itu. Rasa menyesal masuk ke kelas 4 Neraka terus menerobos ke ruang otaknya. Melihat perangai Seman dan Malik. Kurang ajar betul korang. Mana adabmu? Ibubapamu tidak mengajarmu di rumah?? Milah masih mengomel dan membebel di bilik guru. Dari satu ke satu guru diberitakan perihal Malik dan Seman. Sampai hatinya puas. 

Yaa... Akhirnya segala yang terbuku di hati hilang.. Milah takkan marah lagi pada Seman. Marahnya hanya sementara. Itulah perihal guru. Tak selamanya marah. Tetap sayangkan anak murid.. Hatinya sedikit lega bila Seman bakal dibuang tidak lama lagi.😆

Tidak pandai, tidak mengapa.. janji adab dan akhlak kita tinggi.. Restu guru adalah salah satu tiket kejayaan kita. Guru umpama ibubapa kita. Kurangnya adab kita pada guru melambangkan kurangnya jati diri kita. Semoga ada sinar buat murid bernama Seman Akhlaken. Selamat berbahagia di sekolah baharu.


Ulasan

Catatan Popular