Langkau ke kandungan utama

KAU ADI GURU

Hmmm... Sajak ni baru dideklamasikan oleh Syahirah, Ronnie dan Hemalah pada Sambutan Hari Guru yang lepas.. Sajak ni telah dipilih oleh Bos.. Namun bukanlah Bos yang mencipta sajak ini..(Bos juga pandai mencipta sajak, cuma tahun ni tak sempat gamaknya..) Tr tergerak nak letak dalam blog tr sbb...:

  1. Sajak ni best, ada kena-mengena dgn profession tr sebagai seorang guru..
  2. Adi tu nama anak tr.. Guru tu kan tr.. Dah kenalah tu..
  3. Sajak ni sajak baru..Buatan 2011.. Jadi tr pun taknak ketinggalan..

Tahun ni cuma Tok Ketua yang berkesempatan membuat sajak pada malam sebelum sambutan tersebut. Malah bila dideklamasikan oleh 3 penyajak 'hebat' n diiringi oleh gitar Tok Ketua, sajak itu masih belum punya nama. Caya tak caya la.. Tak taulah sekarang kalau Tok Ketua dah bagi nama..

Okeh, tanpa membuang masa.. Ku persembahkan sajak hasil nukilan IBNI KHALID JURAIT yang bertajuk KAU ADI GURU.....

Kau Adi Guru

Anak-anak menjerit
Pelajar nakal
Murid-murid bising
Kau tegur, bimbing dan ajar
Penuh sabar, ikhlas dan senyum
Kuntum bibir lebar
Dan rasa sayang di hati
Kerana
Kaulah guru

Murid mengantuk
Main di baris belakang
Mencemuh teguranmu
Abai nasihatmu
Terkadang menentangmu
Kau tetap nasihat, dekati
Belai kata dan bimbing
Penuh hikmah tanpa marah
Malah cerna kasih sayang
Leluhur hati
Oh hebatnya
Kerana kaulah guru

Pelajar buat salah
Besar dan buruk tingkah laku
Didenda engkar disiplin
Terkenal rosak akhlak
Tapi kau tetap dekati
Dan kaunseling
Tanpa lalai ingat selalu
Semua murid itu
Dengan hati ceria
Tanpa rasa benci
Malah didoakan
Dan belaian jiwa
Kerana kaulah guru

Bila ibu bapa sergah
Marah guru dan sekolah
Sokong anak buta tuli
Kata seranah caci
Kau tetap terima saja
Tanpa bantah kata
Cuma jawab hikmah
Lembut gigi dari lidah
Tinggi sopanmu
Kerana kaulah guru

Bila pelajar dapat anugerah
Cemerlang tinggi markah
Ibubapa kata ini lah anakku
Inilah hasil didikkan ku
Laungkan sirna anaknya
Tanpa sedar jasa gurunya
Tapi kau doa syukur
Berbunga hati murid tersohor
Tanpa rasa kecewa hati
Kerana tidak dihargai
Itulah kau guru

Suatu hari suatu masa
Jumpa murid dan keluarga berjaya
Dia tak kenal dirimu guru
Engkau tegur manis selalu
Tanpa rasa gundah
Lupakan jasa jerih silam
Itu amanah tak perlu ulang
Engkau buat kerana Allah
Didik manusia jadi khalifah
Itulah tugasmu guru

Terkadang jua engkau jumpa
Murid tua tegur salam mesra
Telah lupa tapi murid kisahkan
Betapa dulu engkau beri didikan
Oh… kagum akan adab muridmu
Engkau sebak sayu dirgahayu
Tapi tetap kata itu semua
Adalah kecil belaka
Cikgu cuma bimbing sekelumit
Sebagai ajaran ilmu yang sedikit
Oh… guru..
Sungguh tinggi jiwa nurani
Hebat budimu dan merendah diri
Kerana…
Kau lah adi guru..

Adi guru yang sebenar…




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...