Program Isra' dan Mikraj di SMKPP

Pada hari Jumaat, bertarikh 15 Julai 2011 bersamaan 13 Sya'ban 1432H, (Jumaat), tepat pada pukul 5.00 petang, sekolah kita telah mengadakan ceramah Isra' dan Mikraj di dataran perdana SMKPP. Ceramah tersebut disampaikan oleh yang berbahagia Ustaz Razis bin Ismail, Imam I Masjid An-Nur Woodlands, Singapura.

Program ini bertujuan bagi memperingati perjuangan (jihad) Rasulullah saw dalam menegakkan syiar Islam, menambahkan rasa cinta kita terhadap Allah dan Rasul, meningkatkan iman dan taat kepada Allah dan Rasul serta dapat membentuk kesedaran pelajar terhadap perjuangan Rasul yang kita kasihi.





Antara isi ceramah:


  • Bagaimana kita mempersiapkan diri kita utk alam akhirat (Passport Akhirat)


  1. Nama : Manusia
  2. Asal : Tanah
  3. Maklumat Peribadi: al-Quran sumber rujukan
  4. Maklumat Perjalanan: Dari masjid
  5. Pakaian VIP: Kain kapan
  6. Pegawai Imigresen: Mungkar dan Nangkir
  7. Kenderaan: Keranda
  8. Transit: Alam Barzakh
  • Kenapa solat kita kadang2 tidak diterima Allah?
Kata Ustaz, kita ni banyak makan benda yang boleh mendatangkan syubhah.. Kalau sesuatu makanan tu kita rasa ragu2, better jangan makan.. Ustaz juga menyarankan agar kita tinggalkan McD (kalau kita nak jaga organ dalaman) 
KFC, Pizza Hut? No problemo..

  • Kalau rase macam seram2 sejuk (kehadiran entiti lain)
Ustaz suruh baca al-fatihah 3x, al-Kursi 3x.. manakala ayat terakhir ayat kursi tersebut dibaca 11x.. (kalau tak silap la)

Korang juga bleh visit blog Ustaz ni kat http://darulnurfaizin.blogspot.com/

Ulasan

Catatan Popular