Langkau ke kandungan utama

Aku sudah bilang..

Semalam ada sesuatu yang berlaku.. Namun makngah tak sangka cempedak jadi nangka, ular jadi naga dan emas yang ditunggu telah bertukar menjadi tembaga.. Begitulah gambaran kisah yang berlaku pada makngah dan anak2 buahnya..



Arakian tersebutlah kisah didalam sebuah negeri yang diketuai oleh seorang raja yang cemerlang, gemilang dan terbilang lang lang.. Adapun dikisahkan satu hikayat dimana akan tercetusnya satu majlis keramaian yang terlebih dahulu dirancang oleh menteri2 baik di dalam dan di luar negeri.. Majlis yang dirancang seharusnya berjalan dengan lancar tanpa sedikit cacat cela, namun muncul satu kumpulan (tidak berdaftar) yang mengganggu gugat dan menghuru-harakan majlis hinggakan raja berubah wajah dan teragak2 mahu turun dari takhta gamaknya.. Walaupun penyampaian kumpulan tersebut mendapat sambutan di khalayak ramai, hinggakan ramai rakyat jelata yang mahu mengambil otograf ibarat seperti penyanyi barat 'Justin Bibir' juga adanya.. raja tidak suka sama sekali! Tidak! Tidak! Tidak! Diibaratkan kata omputih REJECT sama sekali.. Setelah bedah siasat dilakukan, raja dan memanda menteri menyenaraikan segala butiran ketidakgemaran baginda terhadap persembahan kumpulan terbabit. Adapun begitu, tidaklah dipanggil kesemua sekali mengadap baginda..cuma kepala kumpulan sahaja yang dipanggil..

Setelah perbincangan dibuat, kata sepakat pun telah diambil, kepala kumpulan terbabit telah memutuskan untuk tidak menyertai mana2 persembahan kecuali dari arahan pihak yang berwajib. Begitulah adanya.. Sekian..

p/s: Terima Kasih atas segalanya.. Benda yang sudah berlaku, biarlah berlalu.. Kita hadapi hari mendatang bersama2.. Gerak terus kehadapan, biarkan hari semalam tercicir di belakang.. namun jangan sesekali kita terlupa apa yang mengguris, siapa yang mengguris, kenapa dan mengapa diguris, hingga terhiris.. Luka dijari terkena pisau, hati berdarah sapa pun tak tau..

Moral: Jangan disimpan dalam hati...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...

Kamus Negeri Sembilan

Untuk waghih2 yg dah lupo Bahaso kampung elok simpan dlm satu fail khas. Kamus ni tak ado jual di pasaran. Haahaaa. . KAMUS NOGORI A. Angka- Suhu badan seperti hendak demam Aka-aka - Dipermain-mainkan. B. Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat Baju prat- Baju T Banga - Bau busuk yang mengisi ruang. Baning - Degil yang teramat sangat Bayang - Tak stabil, nak tumbang . Bega - Degil yang amat sangat Bengot - Herot, senget Bentong - Kecik tak mau besar-besar. Biaweh- Jambu batu Biak- Lecah, lopak air Bincau- Kecoh sambil marah Bincut- Benjol kecil Bidik - Baling, lempar, locut. Binga- Pekak Binjek - Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek - secubit. Bintat- Bekas gigitan serangga Bobek - Balut Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang) Bocompogho- Mandi dengan suka ria Bocoghabih - Banyak cakap Bocoghidau - Membising, becok. Bocokak - Bekelahi Boda- Pukul Bodahagi - Susah, l...