Bertimbangrasalah sikit..

Deepavali baru je lepas semalam.. Tr pun dah ada kat kampung dah.. Anak2 nak bermanja ngan atok diorg kan.. Kat kampungkan ada streamix, so bila2 masa ada kelapangan, tr leh la tgk internet kejap..  Bila tgk facebook, rata2 anak murid mnyumpah seranah perayaan Deepavali semalam.. Kata mereka sambutan bunga api 2 hari lepas mengganggu tidurla, dan bermacam2 lagi..

Hehe.. Tulah.. Tr bukan nak back-up org India tapi terkadang kita lupa kan.. Kalau time kita Raya, ada diorang bising2? Ada diorang kata 'dey kici, kasi senyap sikit boleh ka? Anak saya mau tido..' Ada diorang cakap macam tu? Bg tr la, setakat satu malam je yang bising, takde hal la.. Kalau time kita Raya pula, tr rase dah dekat nak Raya tu, macam perang pun ada. Betul tak? Kita kenalah jaga keharmonian masyarakat majmuk itu sendiri.. Tak perlu bangkitkan sentimen kebencian, perkauman dalam hal2 remeh-temeh macam ni.. Raya bukannya setiap hari.. Setahun hanya sekali.. so, bertimbangrasalah sikit..

Ulasan

Catatan Popular