Cuti Sekolah Sudah Bermula

Suke korang eh bila time cuti2 ni..


YEY CUTI!!!!

Semua orang suka bila cuti sekolah bermula.. Tr pun suka bila sekolah dah cuti.. Bila sekolah dah cuti, itu bermakna tr tak perlu pegi keje.. alangkah bestnya.. dapat duduk rumah, jaga anak, kemas rumah.. tak payah tr nak pk apa tr nak ajar untuk satu hari, satu minggu.. Cuti sekolah ni pun takdelah panjang sangat, namun tr akan gunakan dengan sebaik2nya.. Cewah!
Serius woo cuti ni bukannya panjang sangat pun, dua minggu akhir bulan 12 tr dah kena datang skulah.. meeting jek sepanjang masa.. masa tu jangan la pk atau nak plan kemana2. Che Mat dah pesan awal2 kepada sume anak2 buah, toksah mengada2 nak pi obersi ke obemun ke.. dok skulah, kita meeting.. Anyway, skang bukan bulan Doblas pun, soooo... enjoy lah! hahahaha..

Okey, semalam (19/11/11) tr jaga peksa kat SMK Bt 8, Puchong. Serius, skulah tu mmg corok. Naik bukit....tinggi betul.. Seram seh kat situ. Nasib baik tr jaga peksa siang, kalau jaga malam, bagi 1000 pun tr xmo.. hahaha..

Esok lak (21/11/11), hari Isnin kan.. Tr akan bertugas di sekolah. Itu adalah tugas semasa cuti. Semua guru kena bertugas masa cuti.( Guru yang jaga SPM dikecualikan). Tr memang pilih 21/11 sebab tr xmo org kacau tr hari2 lain.. So mana2 keje skulah yang tak setel tu, tr akan cuba setelkan hari Senin ni.

Oklah, sampai sini je. We'll meet next time. Daaaaa

Ulasan

Catatan Popular