Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

bercuti di kampung

hye semua.. lama boto tr xupdate blog kosayangan tr ni.. mcm2 jugaklah yg berlaku kek adik umie.. lasak bona..hehe..

Pedihnya hati namun kutahan jua...

Situasi A   A: Ini cik linda ye.. B: ye saya.. A: penting ke training olahraga ni? B: penting juga untuk MSSD tahun depan.. A: habis, pelajaran tak penting? B: (menyirap suda, rase cam nak jerit je....tapi tr masih cool) hmm.. terpulanglah kat awak, kalau rasa pelajaran lagi penting, jangan join olahraga. A: ha oklah, bye.. ulasan: 1.mcm ni punya org pun ada.. belum pun terpilih, dah buat hal.. tr pun xpaksa sape2 join training ni sbb ni utk MSSD, bukannya training olahraga yang biasa2 kita buat kat sekolah tu.. 2.kan bagus sikit kalau situasi tadi tu jadi macam ni.. agak berbudi bahasa sikit.. A: ni cik linda ye.. B: ye saya.. A: cikgu, leh x kalau _______ xpayah pegi training.. saya nak dia tumpukan perhatian pada pelajaranlah cikgu.. B: oh boleh saja cik.. sbb dia pun bukan list MSSD. Cuma kalau dia nak join training, buang lemak2 kat badan time2 cuti ni, dipersilakan la.. 3. tr bukannya nak update kes2 macam ni, cuma jadikan sebagai pengajaran je. buat tr da...

Mesyuarat Guru SMKPP (terakhir sesi 2012)

PM memaklumkan bahawa beliau mungkin akan berpindah di PPD Hulu Langat.. PM kata kalau boleh dia nak tolak.. Tr tau ramai yg xsuka dgn PM tp bagi tr la he's full of vision, full of determination, spirits.. Rugi kalau kita xcedok ilmu dari dia.. Tr xpenah membenci malah tr hormat dgn dia.. Kalau diberi tugas, tr cuba buat sehabis boleh.. Hari ni ada sesi luahan rase.. Luahlah apa yg terpendam..

Bahayanya SYIAH

Kebelakangan ini isu syiah telah mula menular di negara kita. Ada dikalangan orang Islam yang sedar tetapi buat tidak 'apik' (derk) je ngan perkara ini.. Ini benda serius.. Menurut sumber, telahpun ada 100,000 pengikut syiah kat negara kita ni. Tr malas nak hurai lebih lanjut, moh tgk video.. Semoga kita semua lebih peka ngan benda ni.. Manalah tau ada kalangan kawan2 kita, yang terikut2..dia tak tau, dia main ikut saja.. tak pasal2 keluar Islam...       Nak tau syiah atau tidak, mereka akan tepuk2 dada begini.. Yang sedihnya, anak2 kecil pun dah diheret sama ni. Sepatutnya yang tua, kita ajar yang elok2 pada mereka.. Benda yang tak elok, tak usah diajar pada budak2.. Elok ditegah sebelum parah.. Sedih tul..       Kalau tengok dari luaran, tiada perbezaan antara kita dan mereka.. Mereka pakai ketayap, songkok juga.. Cuma dalaman sahaja yang berbeza. Awas semua.. Berhati2..

Rumah Baruku

Assalamualaikum semua.. Lama sudah Tr tak update sebarang cerita dalam blog ni.. Kali ni Tr nak update tentang rumah yang baru Tr beli di Nusa Intan, Senawang. Sebenarnya Tr dan suami dah pun booking 'rumah' ni pada bulan 3, 2012 tetapi kami sengaja merahsiakan daripada keluarga masing-masing kerana rumahnya masih belum siap dibina. Jadi pada tanggal 14 Oktober 2012 yang lepas, Tr dan suami tergerak untuk melihat rumah tersebut setelah meminta wakil pihak pemaju memberikan nombor rumah tersebut. Jom kita tengok rumah Tr.. Pemandangan yang cantik. Berdekatan dengan Gunung Angsi. Rumah ni dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan 2, 2013. Tak sabar nak tengok. Pindah? Tr dan suami memang ada merancang untuk pindah ke Seremban.. Tengoklah setahun dua nanti...

TTDI Jaya

  Hari ni Tr ke TTDI Jaya..berdekatan dengan Kg Melayu Subang.. Tr ada kursus kat sini.. Hari pertama, kol 6.30 dah sampai. Gile awal.. Nak buat macamana, Tr kan menumpang dengan encik suami.. Masa tu Tr ingat diorg tak provide sarapan so Tr pun sarapanlah ngan encik suami kat kantin sekolah tu. Kantin sekolah tu kecik je tapi makanan memang mantap gile. Cuma bilik makan guru tulah yang aku rasa kecik sikit berbanding ngan jumlah guru kat situ yang aku rasa agak ramai juga. Adalah sorang cikgu tu, cikgu sini Tr rase.. Ek eleh kerek gile dowh..(bahasa anak murid Tr hehe).. Dahlah pakai tudung labuh, pandang kita sebelah mata je. Ingat kita ni cikgu baru ke? Taulah Tr lagi come dari awak.. Tak payahlah bagak sangat. Tak reti hormat tetamu langsung. Pigi dah!! Tak ada bezanya pelajar kat sini ngan pelajar PP.. Sama je. Dari mula perhimpunan sampai akhir perhimpunan, diorang melepak kat situ. Lama dah Tr perhati. Sound system dah lah mantap, satu sekolah boleh dengar, tapi ...

Abg Adi n Umie dalam Youtube

hehe.. tgk diorang menari.. abg adi n abg haikal pandai menyanyi..

Majlis Jamuan Rumah Biru.

Pada hari Selasa bersamaan 18/9/2012 nan lepas, satu jamuan akhir tahun Rumah Biru telah diadakan di kantin sekolah. Rasa2 Tr inilah jamuan rumah Biru terbesar pernah dibuat sepanjang 6 tahun Tr berada di SMKPP. Meriah betul.. Kalau dulu memang kita ada menjamu atlit tetapi hanya bungkusan makanan sahaja yang diberi. Alhamdulillah, kali ini guru2 rumah Biru sepakat sponsor bagi menghargai jasa2 dan keringat yang telah disumbangkan oleh atlit2 rumah Biru sehingga kita berjaya menjuarai Kejohanan Padang & Balapan SMKPP 2012 . Jom kita check-check checkidouts.... Hanya yang mempunyai kad jemputan ini sahaja yang boleh hadir. Kasihan juga pada ahli2 rumah Biru yang lain tapi apa boleh buat, budgetnya tidak cukup. Ikutkan hati, Tr dan cikgu Jaemah nak invite semua ahli n penyokong rumah Biru . Biar lebih happening.  Sekitar jam 12.00 tghari.. Atlit-atlit Rumah Biru telah mula duduk di tempat masing-masing. Bukannya selalu dapat berkumpul macam gini. N...

Anak-anakku..

Sudah lama Tr tak update perihal anak2 Tr.. Anak2 Tr sudah semakin membesar.. Abg Adi dah 4 tahun lebih.. Bulan 1 tahun depan dia akan masuk 5 tahun. Adik Umie pula nearly 2 years old..exactly this November first. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, dua2 Tr hantar masuk ke U tahun depan.. cewahh.. kecik2 masuk U.. (",) Masuk Tadika n Taska.. Mesti abg Adi gembira dapat kawan2 yang ramai.. Dia memang suka berkawan. Adik pula dimana ada abg, di situ dia rasa selesa dan gembira.  Jom kita tgk gambar2 anak-anak Tr..  This is the super hanger man.. Didepan muka ada topeng tapi dibelakang ada hanger2 yang digantung. Kreatif juga anak Tr ni. Membayangkan dirinya seperti adiwira.  Adik Umie ini pula, sangat suka dengan baju Minnie Mousenya tu. Kalau baju panas lain, sekejap je dah minta tukar. Mungkin baju ni membuatkan dia rasa cantik.. Sekarang pun adik Umie dah pandai bergaya. Cakap pun dah pandai tapi tang hujung2 la..  Kadang2 adik Umie suka pakai...

Hari Keluarga dan Hari Raya Aidilfitri 2012

Pada hari Ahad yang lepas.. (9hb September 2012), warga pendidik dan pekerja SMKPP telah menyertai satu program iaitu Hari Keluarga dan Sambutan Aidilfitri 2012. Hari Rabu hari tu utk pelajar, Hari Ahad plak utk guru2 pula.. Campur plak ngan program hari keluarga, jadi takdelah baju raya sbb ada banyak aktiviti2 lasak. Semua guru boleh membawa keluarga ke sekolah. Tr sahaja yang tidak membawa keluarga ke sekolah. Sebenarnya boleh aje Tr bawa abg adi ke sekolah namun kesian pula pada adik umie sorang2 kat rumah.. Jadi the best thing, Tr sorang2 je yang pegi. Istimewanya Sambutan Hari Keluarga kali ini sebab ada gerai2 Pentadbir. Bukannya selalu tgk Pentadbir bertungkus-lumus menyiapkan keje kan? Jadi, bermula hari Sabtu Pengetua dan Guru2 Kanan serta GKM sibuk bertukang dan menyiapkan gerai masing2.. Tr xdelah ambil gambar pada hari Sabtu tersebut sebab Tr sibuk dengan kelas..tapi Tr tau memang mereka sibuk bekerja sebab Tr ada di kawasan dataran pada hari berkenaan (kelas 2B kan de...