Bersua kembali...

Assalamualaikum...

Lama betul Tr tak update blog.. setahun lamanya.. Tahun lepas Tr guru kelas 1USM, tahun ni Tr guru kelas 2UPM pula..
Walaupun Tr class teacher 2UPM, Tr masih juga mengajar students 2USM.. Jadi takdelah diorg terasa sangat kehilangan Tr..
Lagipun kelas2 ni bersebelahan... boleh juga Tr tengok2kan diorg.. Diorg pun masih rajin tolong Tr.. pandai juga cari Tr kalau Tr lambat masuk kelas. Habis satu sekolah ditawafnya..

Ok, berbalik pada 2UPM pula.. bukan nak cakap apa la.. Tr memang suka dengan kelas Tr yang baru ni.. Walaupun banyak cabaran yang harus ditempuhi, tapi kami berjaya jugak harunginya.. cewah!
Kelas 2UPM tu dah lama tak dihuni org.. dekat setahun lebih gakla.. jadi catnya tak berapa comel dah.. Jadi Tr menggunakan khidmat seorang tukang cat yang berpengalaman iaitu Mr Akarbangsa @ suami Tr sendiri.. hahahaha..

amiera n ain






Inilah gambar anak2 2UPM Tr.. comel tak diorg? ada 25 orang semuanya..



Ulasan

Catatan Popular