Langkau ke kandungan utama

Apa patut seorang wanita lakukan bila....

Sekadar perkongsian..

1. Apa patut seorang wanita lakukan jika dia bersaorangan dengan seorang lelaki asing ketika dia masuk ke dalam lif pada waktu lewat malam di sebuah bangunan tinggi.....???
Pakar berkata: Masuk ke dalam lif...jika anda mahu ke tingkat 13, tekan semua butang setiap tingkat hingga ketingkat yang anda hendak pergi. Tidak ada siapa berani menyerang anda jika lif itu berhenti di setiap tingkat.

2. Apa perlu dilakukan jika sesaorang asing cuba menyerang anda ketika anda bersaorangan di rumah anda, larilah ke dapor.
Pakar berkata: Anda sendiri tahu dimana letaknya serbuk cili dan kunyit disimpan dan dimana anda simpan pisau dan pinggan mangkuk. Semua ini boleh menjadi senjata yang membahayakan. Jika tidak ada senjata lain balingkan pinggan mangkok kearahnya. Tak mengapa dia pecah. *Jerit* ingatlah bunyi bising adalah musuh utama penceroboh. Dia tidak mahu ditangkap.

3. Menaiki kenderaan atau teksi waktu malam.
Pakar berkata: sebelum menaiki teksi pada waktu malam, tulis maklumat nombor teksi dan buat panggilan kepada keluarga atau kenalan dan maklumkan maklumat teksi itu dengan lengkap dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tidak ada jawapan kepada panggilan anda, berpura-pura anda sedang berbual dengan ahli keluarga anda. Sekarang pemandu itu tahu maklumat mengenainya diketahui oleh orang lain dan dia akan masalah jika dia berbuat tidak baik.

4. Apa perlu dibuat jika pemandu itu membawa anda ke arah lain dan anda merasai diri anda dalam bahaya...
Pakar berkata: Guna tali pada bag tangan anda atau sesuatu tali untuk menjerut leher pemandu dan tarik ke belakang. Dalam masa singkat dia akan tersedak dan tidak bermaya. Jika tidak ada tali bag dan sebagainya, tarik kolar bajunya ke belakang, butang bajunya akan melakukan muslihat yang sama.

5. Jika anda diekori pada waktu malam...
Pakar berkata: Masuk ke mana-mana rumah atau kedai yang terbuka dan jelaskan keresahan anda kepada pemilik rumah atau kedai. Jika kedai tutup, carilah tempat ATM kerana di situ ada CCTV. Orang yang cuba menggangu mungkin tidak berani kerana tidak mahu dikenali.

Bagaimana pun, tidak panik dan berwaspada adalah senjata yang terbaik yang anda boleh miliki.

Sila sebarkan maklumat ini kepada wanita (ibu, kekasih, isteri, adik perempuan, kakak dan kenalan) yang anda ambil berat mengenai keselamatan mereka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...

Kamus Negeri Sembilan

Untuk waghih2 yg dah lupo Bahaso kampung elok simpan dlm satu fail khas. Kamus ni tak ado jual di pasaran. Haahaaa. . KAMUS NOGORI A. Angka- Suhu badan seperti hendak demam Aka-aka - Dipermain-mainkan. B. Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat Baju prat- Baju T Banga - Bau busuk yang mengisi ruang. Baning - Degil yang teramat sangat Bayang - Tak stabil, nak tumbang . Bega - Degil yang amat sangat Bengot - Herot, senget Bentong - Kecik tak mau besar-besar. Biaweh- Jambu batu Biak- Lecah, lopak air Bincau- Kecoh sambil marah Bincut- Benjol kecil Bidik - Baling, lempar, locut. Binga- Pekak Binjek - Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek - secubit. Bintat- Bekas gigitan serangga Bobek - Balut Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang) Bocompogho- Mandi dengan suka ria Bocoghabih - Banyak cakap Bocoghidau - Membising, becok. Bocokak - Bekelahi Boda- Pukul Bodahagi - Susah, l...