Langkau ke kandungan utama

Karma.. khas utk Orang Kayangan

Masa tu saya baru keluar dari kedai. Sebelahnya klinik. Masa keluar tu terserempak dengan Cikgu P. Dia ni bekas pengetua. 
.
Bila dah terserempak sembanglah kejap. Saya tanya ‘tak sihat ke cikgu?’. “Dah tua tua ni biasalah. Sakit tu sakit ni.” Saya nampak muka dia.
.
Cikgu P ni sering keluar masuk hospital. Tropi penyakit 3 serangkai dah ada dalam genggaman. Dulu badan berisi sekarang dah kurus. Nampak tak bermaya.
.
Masa sembang tu saya perhati muka Cikgu P. Mata dia berkaca. Sayu. Tak ada senyum.
.
Sesekali dia lontarkan pandangannya. Jauh nampak dia merenung. Bila bercerita suara bergetar ge4x d56xx5d 3tar.
.
Saya rasa serba salah pula. Gatal mulut pergi tanya tadi. Dah sedih pula jadinya Cikgu P.
.
Tapi Cikgu macam nak bercerita. Saya layan saja. “Saya ni  dulu pengetua. Dengan cikgu saya garang. Selalu cari pasal.
.
“Dengan cikgu bawah saya ni saya pasang spy. Intip apa cikgu buat. Asalnya nak ubah sekolah. Untuk kebaikan. Tapi lama lama jadi lain.”
.
“Saya ni jadi mata lalat. Asyik cari salah saja. Ada saja yang tak kena.” Kata Cikgu P. Suara mendatar saja.
.
Saya telan air liur saja masa dia cerita. “Sadis juga” saya fikir dalam diri. 
.
Dia kata kalau guru sakit, dia orang kena hadir kerja. Walau dapat cuti sakit dari doktor. Dia tak kira. “Selagi tak warded kena datang kerja,” kata Cikgu P sambil geleng geleng kepala.
.
“Kalau cuti Rehat Khas tak payah minta. Hari sabtu pun kena datang sekolah. Kalau habis sekolah balik terus memang saya cop pemalas.” Tambah Cikgu P lagi. 
.
Telan air liur saya dengar cerita Cikgu P. Brutal betul gaya leadership dia.
.
“Saya selalu kata ikut macam saya ni. Kerja macam saya. Sabtu Ahad akan saya tetap turun kerja.” Siap dengan tangan Cikgu P sekali naik.
.
Tambah Cikgu P lagi, padanya pekeliling seolah surat dari tuhan. Ditafsir se- rigid yang mungkin. Walau tafsiran sekolah lain beza, dia tak peduli. Dia hanya terima apa yang dia faham saja.
.
Sebelum pencen, Cikgu P kata dia diserang penyakit. 3 serangkai muncul tiba tiba. 
.
Yang sedihnya bila dia masuk hospital tak ada  siapa melawat. Tak ada guru mahu mendekat.
Dia kata yang sedihnya bila pencen terserempak dengan cikgu lain. Tak ada yang nak tegur. Buat buat tak nampak. Mereka mengelak.
.
Katanya sekarang ni dia sedar. Jawatan bukan segala. Hidup bukan untuk mencipta musuh tetapi membina kawan.
.
Sekarang sudah terlambat katanya. 
.
Masa ni saya nampak mata Cikgu P berkaca. Ombak dadanya kuat. Genggaman tangan terlihat kuat.
.
Begitulah kehidupan. Masing masing ada cerita.
.
Saya terfikir. Ramai tidak sedar. Hubungan sesama manusia pengaruhi kesihatan. Hingga ke cellular level.
.
Hubungan yang baik tingkatkan sistem imun. Kajian jangka panjang selama 70 tahun di Harvard University buktikan aspek ini. Mereka dapati orang yang bahagia adalah mereka yang ada hubungan baik sesama manusia.
.
Bila bahagia kesihatan terjaga.
.
Dalam hidup elaklan dari jadi mata lalat. Takmperlu cari salah anak. Tak perlu fokus pada buruk pasangan. 
.
Hidup bukan untuk cari salah orang. Tapi untuk baiki diri sendiri dulu.
.
Jadilah mata lebah. Mencari yang baik. Mencari yang indah.
.
#DrRizal

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...

Kamus Negeri Sembilan

Untuk waghih2 yg dah lupo Bahaso kampung elok simpan dlm satu fail khas. Kamus ni tak ado jual di pasaran. Haahaaa. . KAMUS NOGORI A. Angka- Suhu badan seperti hendak demam Aka-aka - Dipermain-mainkan. B. Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat Baju prat- Baju T Banga - Bau busuk yang mengisi ruang. Baning - Degil yang teramat sangat Bayang - Tak stabil, nak tumbang . Bega - Degil yang amat sangat Bengot - Herot, senget Bentong - Kecik tak mau besar-besar. Biaweh- Jambu batu Biak- Lecah, lopak air Bincau- Kecoh sambil marah Bincut- Benjol kecil Bidik - Baling, lempar, locut. Binga- Pekak Binjek - Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek - secubit. Bintat- Bekas gigitan serangga Bobek - Balut Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang) Bocompogho- Mandi dengan suka ria Bocoghabih - Banyak cakap Bocoghidau - Membising, becok. Bocokak - Bekelahi Boda- Pukul Bodahagi - Susah, l...