Langkau ke kandungan utama

Amaran Shahrizat

KUALA LUMPUR: Bagi mengotakan janjinya yang mahu memberi amaran keras kepada pihak tertentu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mendesak pembangkang menghentikan serangan berbaur peribadi terhadapnya.
Sambil menyebut jelas nama Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin di hadapan 994 perwakilan Wanita, beliau menggesa pemimpin pembangkang itu mendesak presiden partinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan seperti yang dilakukan terhadapnya.

“Saya nak kata kepada Zuraida...ooo, awak nak suruh saya letak jawatan...saya nak mencabar...okey, dengar ya puan-puan (semua perwakilan berdiri), saya nak mencabar Ketua Wanita PKR ini yang mendesak saya letak jawatan kerana apa....hanya kerana suami saya menjadi Pengerusi Eksekutif NFC (Perbadanan Fidlot Nasional).

“(Sedangkan) saya tak kena mengena...saya jalankan tugas saya, suami saya buat tugas dia....(Zuraida) nak suruh saya letak jawatan, (ia) tak ada kena mengena. Kalau itu dasar dan prinsipnya, saya nak menggesa Ketua Wanita PKR ini, desak beliau supaya hari ini juga beliau mendesak Presiden PKR (Wan Azizah) letak jawatan.
“Kerana dia suruh saya letak jawatan disebabkan suami saya....dia tak bersalah....saya nak minta dia hari ini gesa dan desak Datin Seri Dr Wan Azizah letak jawatan. Kerana apa...kerana angkara suami beliau (Datuk Seri Anwar Ibrahim) Ketua Umum PKR yang dihukum dan disabit pelbagai perkara yang saya sendiri tak sampai hati nak ucap.
“Desaklah...desak Presiden dia letak jawatan hari ini juga...betul tak? (disambut sorakan gemuruh perwakilan)...desak letak jawatan, barulah dia ‘terror’,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Persidangan Agung Tahunan Wanita Umno 2011 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.
Seperti meniup semangat kepada perwakilan bersamanya, Shahrizat menyambung ucapan dengan tidak gentar desakan Zuraida yang disifatkan biadab, malah selaku sayap kanan parti, Wanita Umno berjuang di samping Presiden, Datuk Seri Najib Razak.
Katanya, di bawah kepimpinan Najib, Wanita Umno diberi tempat utama dan atas pembangkang takut.

“Dia (pembangkang) tak cermin muka dia...betul tak? (diiyakan perwakilan yang bersorak). Gajah di depan hidung tak nampak...dia dan konconya...(malah) saya dimaklumkan ada seorang Ahli Parlimen di Kelantan, tak pernah balik... menjaga pengundi pun tidak, sebaliknya pusat khidmatnya di Machang tutup, dia sibuk di KL.

“Anak muda kita ini pula yang namanya Rafizi...Mafizi...apatah nama dia...si tanggang muda. Pergi sekolah belajar kerana apa...kerana perjuangan ibu yang ada di sini...(tapi dia) menjadi anak derhaka...menghina...menghasut bangsa...ini anak mudanya...si tanggang,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, tohmahan kepadanya dan Wanita Umno ditangani sehabis-habisnya sekali gus ditentang hingga patah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...