Langkau ke kandungan utama

Catatan

Adab

Hari ni Milah marah-marah.. Sakit benar hatinya bila masuk ke kelas, anak-anak murid tidak mahu mendengar kata. Kelas hujung, 4 Corot memang begitu. Tiada murid yang mahu mendengar celoteh guru. Lelah guru yang sanggup mengejar waktu relief semata-mata ingin mengajar, diketepikan dan diperlekehkan.. Seman dan Malik dengan selamba tidur dalam kelas sambil kaki diletakkan di atas meja. Bila ditegur oleh Milah, Seman mencebik dan tidak takut mungkin kerana sudah kebal.. Malahan Seman buat muka terkejut bila diugut oleh Milah untuk dikenakan tindakan disiplin. Hati Milah membara bagaikan larva Gunung Pinatubo. Dari pagi hingga petang cerita tentang kelas 4Neraka itu tidak hilang dari mulutnya. Semua orang tahu Milah terlalu marah. Andai kala itu Milah seorang Kelembai, pasti Seman sudah disumpah menjadi tong gas ataupun peti ais. Milah terlalu sedih. Hatinya bagai disiat-siat dengan kelakuan dua budak nakal itu. Rasa menyesal masuk ke kelas 4 Neraka terus menerobos ke ruang otaknya. Meliha...

Kita dah makin tua..

KETIKA USIA SEMAKIN TUA Oleh: Panji Bhuana Ketika usia semakin tua Jejak senja kian nyata Terukir dan terlukis dalam cerita Tanah kubur-kubur menganga Apakah lagi yang ingin dipinta Mengikuti jejak nafsu dunia Janganlah larut dalam angkara Agar tiada berakhir sia-sia Dahulu mungkin kita berdaya Memaculi bumi dan menoreh semesta Menjadi pribadi beradab dan berkharisma Tetapi kini ketika kerapuhan mendera rangka-rangka Garis lintasan waktupun tidak selurus pada awalnya Sebelum semuanya rebah ke tanah tiada daya Untailah kembali jejak langkah jiwa Menelusuri jalan berpendar cahaya Kembali pada keutuhan keyakinan pada yang esa Bumi di pijak akan berderak Merekah patah-patah dan retak Ketika jejak langkah limbung terbawa ombak Awas karam di tempat banyak pasak Tiada lagi arogan dan obsesi terbahak Semuanya merapuh batuk-batuk dan serak Liur mengental laksana dahak Lidah menjulur tak mampu teriak

Khas Untuk Insan Yang Bergelar Guru

 TENANG IS GOOD. Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas. Seorang guru wanita yang komited. Berusia awal 40an. Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi. Salur darah ke otak pecah. Sewaktu menunggu untuk dimandikan, darah membuak buak tanpa henti dari hidung. Punca kematian hanyalah  asbab. Saat ini dia tidak lagi payah memikirkan hal hal dunia. Ramai kawan kawan aku dikalangan guru menghidap pelbagai penyakit. Paling banyak darah tinggi. Aku pun tidak terkecuali. Puncanya disebabkan stress dan juga gaya hidup. Ada yang rebah ketika perhimpunan. Pernah aku lihat video seorang guru tumbang semasa membuat persembahan dihadapan murid. Masuk usia 40an, aku memilih untuk tenang. Tidak seperti awal awal mengajar dahulu. Aku antara fighter. Ada sahaja benda yang boleh ditentang aku akan bangkit. Lawan tetap lawan. Kini aku sedar, terlalu banyak kita berjuang lama lama kita akan bersendirian. Rakan rakan yang menyokong akan meninggalkan kita. Mere...

Tipah asyik tertipu saja...

*SIRI2 PENIPUAN KJ, DG & KKM* 1. Vaksin bkn paksaan..Vaksin atas dasar sukarela..akhirnya dipaksa https://www.astroawani.com/berita-malaysia/vaksin-covid19-tiada-paksaan-aktivis-dan-ngo-jangan-takutkan-masyarakat-khairy-284305 2. Kerajaan adil dlm berbuat keputusan dan tidak akan sekali2 akan mendiskriminasikan mereka yg memilih utk tidak mengambil vaksin akhirnya pelbagai tekanan dan sekatan dilakukan utk menekan mereka https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/167042 3. Lengkap 2 dose vaksin, Herd Immunity terbentuk, boleh mencegah & memutuskan rantaian Covid, akhirnya nyata satu pembohongan @sebab drp awal kita dah tahu virus covid sentiasa bermutasi mustahil boleh terhasil Immunity Kelompok tetapi mereka tetap berkempen. https://www.google.com/amp/s/www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-kerjasama-semua-pihak-mampu-capai-imuniti-kelompok-277392%3famp=1 4. Vaksin Covid tidak akan diberikan pada kanak2 krn mereka bkn golongan yg berisiko utk dijangki...

Karma.. khas utk Orang Kayangan

Masa tu saya baru keluar dari kedai. Sebelahnya klinik. Masa keluar tu terserempak dengan Cikgu P. Dia ni bekas pengetua.  . Bila dah terserempak sembanglah kejap. Saya tanya ‘tak sihat ke cikgu?’. “Dah tua tua ni biasalah. Sakit tu sakit ni.” Saya nampak muka dia. . Cikgu P ni sering keluar masuk hospital. Tropi penyakit 3 serangkai dah ada dalam genggaman. Dulu badan berisi sekarang dah kurus. Nampak tak bermaya. . Masa sembang tu saya perhati muka Cikgu P. Mata dia berkaca. Sayu. Tak ada senyum. . Sesekali dia lontarkan pandangannya. Jauh nampak dia merenung. Bila bercerita suara bergetar ge 4x d56xx5d 3 tar. . Saya rasa serba salah pula. Gatal mulut pergi tanya tadi. Dah sedih pula jadinya Cikgu P. . Tapi Cikgu macam nak bercerita. Saya layan saja. “Saya ni  dulu pengetua. Dengan cikgu saya garang. Selalu cari pasal. . “Dengan cikgu bawah saya ni saya pasang spy. Intip apa cikgu buat. Asalnya nak ubah sekolah. Untuk kebaikan. Tapi lama lama jadi lain.” . “Saya ni jadi mata...

BUKAN BENCI TAPI DAH KECIL HATI

Kita kalau sudah tersinggung dengan kata-kata orang, jangan kata mahu menyapa, pandang muka dia pun rasa malas. Bukan benci tapi sudah kecil hati. Orang yang biasa merendahkan kita, biarlah mereka. Tak perlu kita rasa tersinggung, apatah lagi merasa sedih. Yang penting kita tetap yakin dan tidak merasa rendah diri. Tr:  samalah dengan acik.. kalau acik terasa, mmg  payah acik nak berbaik.. mgkin akan bercakap² tp nak jadi baik mcm dulu.. maybe impossible..  kawan gitu² bolehlah.. xkan jadi bff la.. Orang yang selalu mencari kekurangan dan kesalahan orang lain, tidak akan pernah menemukan kekurangan dan kesalahan dirinya sendiri. Jika kita dinilai baik ya Alhamdulillah, dinilai tak baik.. takpe, terserah. Semua yang hadir dalam hidup kita memiliki peranan masing2. Entah mereka memberi kita kebahagian atau memberi kepedihan. Tr: kita ada kelebihan dan kekurangan masing².. yang baik tu kita jadikan teladan.. yang buruk tu kita jadikan sempadan.. tak payahlah nak ...