Langkau ke kandungan utama

NASIHAT UNTUK REMAJA BERCINTA


Wahai anak-anakku, bila bercinta jangan lupa daratan. Marilah menatapi panduan daripada masalah bercinta dan berdating mengikut pandangan Islam oleh Ustaz Muhammad Farid Ravi Abdullah. Semoga ianya memberi hidayah dan panduan untuk kita semua.

Bersama:
MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN:

Bagaimanakah cara yang betul bagi pasangan muda-mudi masa kini mengaplikasikan konsep dating untuk mengenali hati budi masing-masing mengikut cara yang berlandaskan syariat dan peraturan Islam?

JAWAPAN:

Realiti Dating Remaja kini

Dating dalam erti kata berdua-duaan pasangan lelaki perempuan yang bukan mahram adalah haram. Ini kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada mudarat. Iaitu mendedahkan pasangan lelaki dan perempuan melakukan sesuatu yang ditegah dalam agama Islam.

Mula-mula dating dalam telefon, kemudian ajak keluar makan. Mula-mula naik kenderaan berasingan. Lama kelamaan naik satu kenderaan bukan sekadar makan tetapi pegang tangan, tidur atas bahu kekasih. Sehingga kadang-kadang sampai melakukan perzinaan.

Walaupun pada mulanya rasa bersalah terhadap perbuatan yang terkutuk itu, lama kelamaan menjadi alah bisa tegal biasa. Sebab itulah Islam menegah sama sekali pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. (prevention is better than cure – Saddul Zaree‘ah – menutup ruang-ruang ke arah kejahatan dosa dan maksiat)

Allah s.w.t berfirman, Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).” (al-Isra’: 32)

Peringatan dalam ayat ini ialah tegahan keras Allah supaya jangan sekali-kali cuba menghampiri zina. Kaedah fikah : menjelaskan ‘Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram’. Dan mencegah adalah lebih baik dari mengubat. 

Sekiranya usaha menghampirinya jelas ditegah apatah lagi sengaja terlibat. Islam mengajak penganutnya menjauhkan diri dari terdedah kepada maksiat. Menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemudian tidak berguna. 

Terjebak dengan Maksiat

Allah s.w.t menegah umatnya mendedahkan diri terjebak dalam kebinasaan. Firman Allah s.w.t, Maksudnya: “ …dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan…”. (al-Baqarah: 195). Dalam ayat ini Allah sebut mencampakkan, maksudnya sengaja melibatkan dan mendedahkan diri dalam sesuatu perbuatan yang boleh membawa kebinasaan. 

Allah s.w.t menyuruh setiap lelaki dan perempuan menundukkan pandangan. Ini kerana dengan menundukkan pandangan seseorang itu dapat memelihara kehormatannya. (al-Nur: 30-31). Ketika mentafsirkan ayat ini sebahagian ulama menyatakan bahawa; pandangan adalah panah beracun bagi hati, sebab itulah Allah s.w.t menghimpunkan dua perkara dalam ayat ini, iaitu merendahkan pandangan dan memelihara kehormatan (kemaluan). Disebut juga bahawa mata adalah punca kepada zina. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, jld:18, hlm:214 ). 

Penyelesaian Islam

Dating diharuskan bagi mereka yang sudah bertunang. Itupun dengan izin wali perempuan dan bersama mahram ahli keluarga perempuan. Bertunang adalah lesen awal untuk seorang lelaki mengenali tunangnya. Mungkin juga langkah awal untuk seorang lelaki dan seorang perempuan mengenal bakal pasangan hidupnya dengan lebih dekat lagi.

Namun Islam tidak membenarkan seorang pasangan yang bergelar tunang untuk berdating. Kalau nak dating mesti dengan memelihara hak Allah. Ulama haruskan pertemuan lelaki dan perempuan selepas pertunangan semata-mata untuk melihat sifat zahirnya, seperti melihat kepada rupanya untuk mengenal pasti kesempurnaan fizikalnya. 

Namun percintaan dan dating yang halal ialah selepas diijab kabul, sementara itu pasangan kekasih hendaklah tunduk kepada perintah Allah. Adalah tidak wajar mencari kebahagiaan hidup dengan melanggar perintah Allah. Mungkin juga ada yang bertanya: kalau begini susahlah bagi pasangan kekasih mengenali antara satu sama lain. 

Tidak ada pengenalan yang sempurna bagi lelaki terhadap pasangan kekasihnya melainkan selepas perkahwinan. 

- SEBARANG pertanyaan boleh dihantar ke alamat Kemusykilan Agama di Utusan Melayu (M) Bhd., 46M Jalan Lima of Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur atau faks ke 03-92224967 atau e-mel ke agama@utusan.com.my
Reference:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0314&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...