Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2012

Kasih Kawan (part 6)

Dua tahun telah berlalu.. Persahabatan antara aku, Sue dan Adib semakin utuh. Walaupun aku tahu Adib dalam diam-diam menaruh hati kepadaku. Namun aku tidak mahu perasaan itu menjadi nanah dalam persahabatan kami. Tahun ini aku ditempatkan di dalam kelas 4 Cerdik manakala Sue dan Adib pula di dalam 4 Agresif. Mungkin keputusan PMRku tidak seagresif Sue dan Adib yang masing-masing mendapat 7A dan 8A.. Hehe aku pula sekadar mendapat 3A sahaja.. Hmm jadilah. Masa mendapat keputusan dulu pun emak dan ayahku tidak bising. Kata mereka PMR hanya peperiksaan kecil, ada lagi peperiksaan besar yang menunggu aku dan aku harus membuktikan yang aku juga mampu berjaya seperti orang lain.

Wedding In February

25.2.2012 (Sabtu) Alhamdulillah.. selesai sudah dua perkahwinan dua adik tr (Shikin & Yusri) di kampung hari ni.. Hari ni juga merupakan hari yg sangat penat bagi tr dan suami.. Ini juga bermakna keluarga tr sudah semakin berkembang dan membesau.. Acara bermula pada hari Jumaat lagi.. Seawal jam 10.00pagi, rombongan pihak pengantin lelaki datang ke rumah.. Kami semua kelam kabut membersihkan rumah.. Tak sangka pihak lelaki punctual pula.. alhamdulillah, selesai juga akhirnya.. Maka adik tr telah pun menjadi Puan Norashekin.. maktih, maklang n uwan tengah tekun nyiap'an bunga pahar ceria muka pengantin Muka tr merah padam dek berjemur masa MSSD Pada sebelah petangnya pula, giliran adik lelaki tr pula pergi ke rumah pengantin perempuan. Kalau mengikut jadual, sepatutnya pihak lelaki sampai pukul 5.00 tepat. Suami tr ditugaskan utk mengambil gmbr n video sepanjang majlis. Tr plak masa tu tak dapat pegi kerana menjaga anak2.. Berikut adalah gambar2 m...

Maurice Wilson: Jamaican Training

Best tengok diorang drill.. Sprint Training Drills For Speed Relay Techniques

Sprint Drills

Skip B High Knee Lift Heel To Bum

Start Sprint

Jiran oh jiranku..

Tr ada 2 jiran kat depan ni.. nak gelak tengok gelagat diorg.. sorang bela kucing, sorang lagi bela anjing.. yang bela kucing ni biarlah tr gelar dia makcik A, yg bela anjing tr panggil dia makcik B. makcik2 dorang ni sebenarnya tak ngam antara satu sama lain.. kisah persengketaan mereka ni tr rasa takdelah serius sangat namun mencerminkan ketidakmatangan bagi otak geliga tr.. hahaha.. Memang benar makcik B bela anjing.. Dia bukannya Islam pun.. Tapi anjingnya duduk dalam rumah. Jadi segala najis mughallazahnya terletak dalam rumah makcik B ni tadi. Namun makcik A ni, kucing2nya ada banyak. Dia ada sangkar dalam rumah. Makcik A ni sayang dengan binatang rupanya. Tapi bayangkanla bila dah ada banyak kucing dalam rumah, rumah akan jadi busuk tau. Nasib baik makcik2 ni bukan duduk sebelah rumah tr. Makcik B ni yang tr perasan kalau dia dah tak tahan ngan bau2 ni tadi, dia akan basuh simen depan rumah dia.. Air yang makcik B basuh tu termasuklah dalam area rumah makcik A. Makcik A pun ...

Perginya seorang pelajar..

Pada hari Selasa lepas (31.1.12) yang lepas, semasa Tr tengah jadi MC utk perhimpunan tengahari, Tr dikejutkan dengan berita pemergian pelajar Tingkatan 1 yang dikenali oleh Tr. Mesti anak2 murid Tr di SMK Puchong Perdana hairan kenapa Tr sebak dan tidak dapat meneruskan kata2 pada hari tersebut, bukan?Jawapannya kerana Tr mengenali pelajar ini dan Tr pernah membantu Pn CT Hamidah membantu perjalanan kelas semasa orientasi Form One dulu. Arwah pelajar ini budaknya chubby2, selalu memakai songkok dan agak talkative. Semasa hari orientasi hari tu Tr ada meminjam pen darinya namun pada penghujung kelas, pen tersebut telah hilang. Tr pun tak tau kemana perginya pen itu. Jadi Tr berjanji untuk membeli pen yang baharu untuk arwah.. Selang beberapa hari, arwah datang dan menuntut pennya..  Tr betul-betul terlupa dan Tr belikan pen yang baharu untuknya.. Keesokkan harinya arwah datang dan berterima kasih kepada Tr. Tr tahu pen itu membawa erti kepada beliau. Entahlah Tr sebak mungkin ker...