Langkau ke kandungan utama

Jiran oh jiranku..

Tr ada 2 jiran kat depan ni.. nak gelak tengok gelagat diorg.. sorang bela kucing, sorang lagi bela anjing.. yang bela kucing ni biarlah tr gelar dia makcik A, yg bela anjing tr panggil dia makcik B. makcik2 dorang ni sebenarnya tak ngam antara satu sama lain.. kisah persengketaan mereka ni tr rasa takdelah serius sangat namun mencerminkan ketidakmatangan bagi otak geliga tr.. hahaha..

Memang benar makcik B bela anjing.. Dia bukannya Islam pun.. Tapi anjingnya duduk dalam rumah. Jadi segala najis mughallazahnya terletak dalam rumah makcik B ni tadi. Namun makcik A ni, kucing2nya ada banyak. Dia ada sangkar dalam rumah. Makcik A ni sayang dengan binatang rupanya. Tapi bayangkanla bila dah ada banyak kucing dalam rumah, rumah akan jadi busuk tau. Nasib baik makcik2 ni bukan duduk sebelah rumah tr.

Makcik B ni yang tr perasan kalau dia dah tak tahan ngan bau2 ni tadi, dia akan basuh simen depan rumah dia.. Air yang makcik B basuh tu termasuklah dalam area rumah makcik A. Makcik A pun naik bengang, dia pun panggil makcik B..Macam tu la keadaannya dari dulu sampai sekarang.. Tr pun malas nak ambil tahu sangat walaupun tr ada gak pasang2 mata ngan telinga.. kihkihkih.. Ada sekali tu makcik A datang rumah tr, nak mengadu la kononnya yang makcik B ni gitu..gini..gitu.. hahaha.. tr bukannya kaki sok sek sok sek.. makcik tu dah silap orang.. pegilah rumah makcik Appalam yang lagi sorang tu.. Ikutkan hati tr pun geram gak ngan makcik A tu.. Kucing dia dengan sesuka hati berak dekat rumah orang.. Macamlah kita tak tau.. Cuma sekarang je kucing dia tak buat onar.. Itupun sebab kewujudan anjing2 liar di kawasan perumahan tr yang sangat ANTi dengan kucing.. Kumpulan anjing ini sangat ganas, mereka akan bunuh kucing2 yang berkeliaran.. Entahlah tr pun dah tak nampak kucing yang berak kat rumah tr tu.. entah-entah dah kena....


p/s: Tr bukannya anti kucing.. Tr sayangkan kucing namun jika ada membela kucing, kita tak sepatutnya membiarkan kucing kita membuat onar di rumah orang lain.. Namun, kita juga seharusnya peka dengan jiran kita.. Jiran juga yang akan menengok2kan rumah kita kan?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...