Kasih Kawan (part 6)

Dua tahun telah berlalu.. Persahabatan antara aku, Sue dan Adib semakin utuh. Walaupun aku tahu Adib dalam diam-diam menaruh hati kepadaku. Namun aku tidak mahu perasaan itu menjadi nanah dalam persahabatan kami.

Tahun ini aku ditempatkan di dalam kelas 4 Cerdik manakala Sue dan Adib pula di dalam 4 Agresif. Mungkin keputusan PMRku tidak seagresif Sue dan Adib yang masing-masing mendapat 7A dan 8A.. Hehe aku pula sekadar mendapat 3A sahaja.. Hmm jadilah. Masa mendapat keputusan dulu pun emak dan ayahku tidak bising. Kata mereka PMR hanya peperiksaan kecil, ada lagi peperiksaan besar yang menunggu aku dan aku harus membuktikan yang aku juga mampu berjaya seperti orang lain.

Ulasan

Catatan Popular