Wedding In February

25.2.2012 (Sabtu)

Alhamdulillah.. selesai sudah dua perkahwinan dua adik tr (Shikin & Yusri) di kampung hari ni.. Hari ni juga merupakan hari yg sangat penat bagi tr dan suami.. Ini juga bermakna keluarga tr sudah semakin berkembang dan membesau..

Acara bermula pada hari Jumaat lagi..

Seawal jam 10.00pagi, rombongan pihak pengantin lelaki datang ke rumah.. Kami semua kelam kabut membersihkan rumah.. Tak sangka pihak lelaki punctual pula.. alhamdulillah, selesai juga akhirnya.. Maka adik tr telah pun menjadi Puan Norashekin..


maktih, maklang n uwan tengah tekun nyiap'an bunga pahar






ceria muka pengantin

Muka tr merah padam dek berjemur masa MSSD







Pada sebelah petangnya pula, giliran adik lelaki tr pula pergi ke rumah pengantin perempuan. Kalau mengikut jadual, sepatutnya pihak lelaki sampai pukul 5.00 tepat. Suami tr ditugaskan utk mengambil gmbr n video sepanjang majlis. Tr plak masa tu tak dapat pegi kerana menjaga anak2.. Berikut adalah gambar2 majlis pernikahan Yusri. Let's check it out..



"Relax Men," kata Lokuk sambil menenangkan En Yusri yg tengah berdebar2 tu..











Pada sebelah malamnya, tr sekeluarga pergi ke rumah pengantin perempuan.. ada majlis bersanding dan makan2..nyum nyum.. ada gulai tempoyak kegemaran tr dan suami.. maafla xde gmbr masa ni, xsempat dan tak ingat nak amek gmbr lauk tu.. hehe.. dah lapa.. tp kami sempat mengambil gambar sanding malam tu..


Keesokkan harinya pula (hari Sabtu 25/2/2012), berlangsung 2 majlis.. Pertama, berendoi dua anak buah tr.. Sorang namanya Sophie, sorang lagi namanya Arissa.. Dalam tengahari pula ada majlis bersanding.. Memang full sungguh aktiviti.. Petang pula, sesi mengemas manakala geng emak2 kena bersiap ke majlis persandingan adik tr, Yusri di hotel pula.. Okeylah, jom kita tgk gambar sepanjang majlis cukur jambul Sophie&Arissa dan persandingan Yusri&An serta Shekin&Nazri..
anak tr interframe..

Dani n his mom..






Selesailah sudah majlis kenduri.. Special thanks to Maklang Mu sefamili, Pakngah Zul sefamili, Tok Chik sefamili, Maktih Muai sefamili, Makngah Zai sefamili, Paktih Sham sefamili, Achik G sefamili, Paklong Zahar sefamili, Induk Ani sefamili, team Paklang Din Gunung Pasir one big famili, warga penduduk Rumah Rakyat Ampang Tinggi, team catering yg dtg dari jauh nun dari JB, DJ Epi sebelah umah.. Terima kasihla banyak2 eh? Jika ada yg terkurang, terlebih, mintak halal le dunia akhirat, tak gitu? gitu ler..

Ulasan

Tr Linda berkata…
Tr yang dimaksudkan di dlm artikel ini ialah Kakngah Linda@Pn Roslinda Sharudin.. Harap maklum..
Sahaini berkata…
kepada pengantin-pengantin Yusri dan Pasangan serta Shikin dan Pasangan. Selamat pengantin baru dari kami (yang terpinggir... sob sob sob)

Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.

Catatan Popular