hari ni tr hantar abg n adik ke rumah nenek.. seperti biasa, mereka seronok dan gembira bila menyentuh bab rumah nenek@rumah angah.. bila sampai je di hadapan rumah itu, kelihatan abg2 sedaranya tengah bermain takraw bersama kawan.. abg n adik masuk ke dalam rumah, bermain di dalam pula. tetiba salah seorg abg sedara ni tadi membaling bola takraw ke dlm rumah tanpa memikirkan siapa yg mgkin ada di balik langsir.. apa lagi, melalaklah si abg. jenuhlah tr dan nenek nak pujuk.. dia ttp menangis..
tr ni kadang2 bukannya dpt tahan sangat kesabaran ni.. tr tepuk2 muka dia. geram betul.. kemudian dia berhenti menangis apabila tr pujuk dia dgn cerita kassim selamat yg menjadi buta setelah byk kali menangis.. tr xlarat nak marahkan dia.. rase menyesal bila memukul anak, ibarat membantai diri sendiri.. anak tu masih kecil. mmg dia selalu mengada2. cuma kita sebagai ibubapa kena byk bersabarlah..
sesampainya di sekolah.. hati rase tak tenteram. dah berhenti nangis ke dia?( sebelum keluar dari rumah nenek tadi, tr sempat berpesan dgn abg sedara ni td supaya pujuk abg dgn mainan bukannya dgn kata2.. maksudnya keluarkan mainan2 yg ada, lepas tu main dpn dia.. nnt automatik dia akan ok.) tr call abg, abg kata dia tgh main kertas2 n tisu utk digumpal2kan menjadi mainan.. alhamdulillah.. sedap sikit rase hati. namun di sudut kecil hati ni tr rase menyesal kerana telah melukai hati anak itu..
abg, ibu minta maaf.. ibu sayang anak2 ibu..
Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...
Ulasan