Tragedi Penghujung Ramadhan

Hari ni tr dikejutkan dengan dua berita yang menyedihkan..
kisah pertama..
   
smlm biras adik tr eksiden semasa nak balik bersahur.. beliau dimasukkan ke HUKM dan menjalani pembedahan kepala kerana ada otak beku.. hari ni jam 8.30 pagi arwah dijemput Ilahi. Rasa sebak sebab arwah mempunyai dua anak yang masih kecil. Yang abg, Dani, bakal berumur 2 tahun pada hari selasa ini (6/8/2013).. Isteri arwah sangat tabah.. beliau tidak menangis sedikit pun.. malah redho dgn pemergian arwah suaminya. semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yang beriman..

kisah kedua..
hari ni di sekolah, (sekolah ganti).. tr sekali dikejutkan dengan kejadian rumah pelajar yang terbakar.. Paling mengejutkan kebakaran tersebut telah mengorbankan nyawa insan yang tersayang iaitu ibunda pelajar terbabit. Walaupun tr tidak mengajar pelajar terbabit, rasa sedih dan sebak tetap ada.. dengan raya yang tinggal beberapa hari aje lagi ni.. suasana hari raya mungkin tidak bermakna seperti selalu.

namun kita manusia adalah hambaNya..kita harus redho dengan pemergian arwah..lebih2 lagi arwah meninggal dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. semoga arwah ditempatkan di kalangan org yang beriman. amin..

Ulasan

Catatan Popular