Langkau ke kandungan utama

Bagai dihiris...

Assalamualaikum...


Semalam kita didedahkan dengan satu berita yang sangat menyayat hati.. Dimana seorang ibu telah kehilangan  ketiga2 anaknya sekaligus di Hutan Lipur Ulu Bendul.. dekat dgn rumah tr di kuala pilah.. tr sedih bila baca paper tersebut.. benda ni semua kita tak leh nak jangka.. tapi tr sebak setiap kali membaca artikel2 mengenai ketiga2 beradik ni.. takziah kepada si ibu...
meh kita baca sedikit..

Wan Azleela tidak dapat menahan diri di hadapan jenazah anak-anaknya

Tiga beradik hilang dihanyut kepala air


Oleh Ifwan Tun Tuah
2011/05/04

Sungai Ulu Bendul melimpah, arus deras

KUALA PILAH: Tiga beradik hilang sekelip mata akibat fenomena ‘kepala air’ di Sungai Ulu Bendul dalam kawasan Hutan Lipur Ulu Bendul, dekat sini, menyebabkan mereka dihanyutkan air deras ketika sedang mandi, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Norshaza Alisa, 5; Norshaza Azira, 4; dan Norshaza Shakinah, 2, mandi bersama bapa mereka, Syed Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang rakan wanitanya yang dikenali sebagai Alwani Abu Hasan, 20-an.

Mereka dipercayai tidak sempat naik ke tebing apabila air sungai dari kawasan Gunung Angsi, tiba-tiba melimpah, lalu menghanyutkan tiga beradik bersama bapa dan rakan wanitanya. Saksi kejadian, Turiman Bostam, 40, yang menyertai program perkhemahan di situ memberitahu ternampak air sungai melimpah dengan deras dan terkejut apabila melihat beberapa orang terkapai-kapai di sungai itu.

Katanya, seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak kelihatan tenggelam timbul serta berpusing-pusing dalam limpahan air deras.

“Seorang perempuan juga kelihatan hampir lemas. Mujur dia dekat dengan tempat saya berdiri dan tanpa membuang masa saya tarik rambutnya lalu dibawa ke tebing sungai. Lelaki dewasa itu pula diselamatkan orang lain.

“Namun saya kesal kerana kanak-kanak berkenaan tidak sempat diselamatkan dan hilang dibawa air deras,” katanya.
Lelaki dan wanita berkenaan kemudian dikenali sebagai Syed Ahmad dan Alwani. Bapa kanak-kanak terbabit bercerai dengan ibu mereka, Wan Azlela Wan Abdullah, 33, yang ketika kejadian berada di Senawang, Seremban dan selepas dimaklumkan, bergegas datang ke sini.

Bagaimanapun, Wan Azlela dari Taman Jasmin yang terkejut dengan kejadian itu enggan ditemubual, malah menangis tanpa henti dan beberapa kali pengesan.

Syed Ahmad dan Alwani yang cedera ringan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, dekat sini untuk menerima rawatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba, ketika ditemui memberitahu ketika kejadian, hujan belum lebat, tetapi limpahan air yang menghanyutkan mangsa sungguh deras.

Katanya, operasi mencari mangsa disertai kira-kira 40 orang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, RELA, Jabatan Perhutanan dan ahli Kelab 4X4 Kuala Pilah.

“Operasi dijalankan hingga jam 10 malam. Selepas itu, kita akan tentukan sama ada hendak teruskan atau sambung esok (hari ini) kerana keadaan hutan gelap,” katanya.
Tr pun punya anak.. Semua orang sayangkan anak mereka. Semoga Wan Azleela dan keluarga tabah menghadapi semua dugaan.. Syurgalah tempat yg terbaik utk anak2nya..Amin.

klik sini untuk membaca dengan lebih lanjut..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...