Langkau ke kandungan utama

Kasih Kawan (part 5)

Tengah aku syok-syok makan, tiba-tiba badanku basah lencun dek kuah roti canai. Menyirap betul aku kali ni..



" Opss maaf.." balas Shida sambil buat muka seposennya tu.
"**##@** punya budak!!" aku pun tanpa melengah2kan masa terus bergasak dengan Shida. Aku dah tak peduli dah.. Sue puas menjerit minta aku berhenti bergaduh. Aku sudah hilang pertimbangan. Di mataku kini Shida ibarat anak patung yang boleh dihinyak-hinyak. Sehinggalah....



    Sehingga apa lagi? Masuk bilik disiplin la...
    "Wah! Mahu tunjuk taiko sekarang!" Marah teacher Linda. Teacher Linda ni walaupun cikgu B.I aku, dia pun salah seorang cikgu disiplin juga. Masa ni cikgu disiplin yang aku takuti iaitu Cikgu Kahar takde. Kalau dia ada mahu terkencing aku dengan suaranya yang macam guruh tu. Teacher Linda.. Aku pun boleh tak perasan yang dia cikgu disiplin. Shida pula sedari tadi asyik nangis saja. Nak muntah pula aku rasa. Best actress la tuu.
     "Cuba story dengan tr. Apa ke he nya?" soal teacher Linda bila melihat aku asyik diam je. Mesti teacher Linda kesian dengan baju kurung aku yang dah tak serupa baju ni. Aku kan best student dia dalam kelas. Aku tau teacher Linda faham sangat dengan karekter Shida yang suka mengampu dan auta tu..
     "Ni ha teacher. Si Shida yang 'tuuut' ni. Kurang ajar dia ni. Ada ke patut tuangkan kuah roti canai atas saya. Memang patutla dia kena."
     "Tapi Iman pun salah juga kan.. Kan lebih baik Iman terus datang ke bilik disiplin sebelum pukul Shida kan?Hmm tak malu ke orang semua tengok awak berdua bertumbuk, bertarik-tarik tudung?" tanya teacher Linda. "Shida lagilah salah. Sebab dia yang mulakan dulu pergaduhan ni. So, dua-dua teacher charge 'berkasar' ok? Cakap banyak pun tak guna.. Hahaa.."
Hmmm.. Begitulah teacher Linda yang kukenal.. Kalau nak demerit seseorang, dia tak cakap banyak, terus buat je.. Tapi teacher Linda baik.. Aku sayang dia.. (hehehe..puji diri sendiri.. Jangan jeles eh?)

Pelajar-pelajar lain memandang Iman dengan rasa yang sangat pelik.

Di luar bilik disiplin..
       "Padan ngan muko kau tu. Lain kali buek la den laie yo. Kalau nak ghaso penyepak den lak lopeh ni." kataku pada Shida.
       "Hmm.. Jangan ingat aku boleh buat-buat lupa plak. Kau tunggu jelah." balas Shida sambil terus berlenggang-lenggang meninggalkan aku. Elleh! Ingat aku takutlah tu. Mentang-mentang dia ada ramai member. Aku pun ramai juga. Hehehe.. Macam tak ramai je.. Ni baju aku ni? Macamana nak masuk kelas balik ni? Malulah aku macam ni.
       "Iman.." sapa Adib dari belakang..
       "Uish!! Toporanjat den! Kuang asam kau Dib." Wajahku kembali ceria melihat Adib. Terlupa seketika bajuku yang comot..


Bersambung daaa...

Ulasan

farhan nabila berkata…
Ni carpen hasil sendri ke? Wahh sudah bagus...
Tr Linda berkata…
heehehe.. budak2 suka baca cerpen karangan kngah ni..

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...