Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

New year, new spirits!

Hehehe tak sabar nak tunggu sekolah buka... Tak sabar nak mengajar B.I.. Tak sabar nak jumpa anak2 murid.. Tak sabar nak punch kat pejabat... lah! Kesitu lak dia... Tak sabar nak menguruskan kelas 2 L... hehehe jagalah korang.. Tak sabar nak duduk kat bilik disiplin... ni pun satu.. tr dah punya semangat baru, jaga korang tahun depan.. Tak sabar nak tgk budak2 olahraga..

Cara Menghindari Pukau..

Berikut adalah cara-cara bagi menghindari ilmu pukau.. Sekadar renungan bersama.. 1. Baca doa berikut..     "Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" 2. Ayatul Kursi 3. Al-Muawwizat ( Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) 4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan kita dari apa jua bahaya. InsyaAllah Dipetik dari tulisan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din..

Indahnya Islam..

MASYA ALLAH, MERDUNYA.. SURAH AL MULK BACAAN QURAN SEDAP SANGAT

PERASA

Salam semua.. Kali ni tr nak share info@maklumat yg tr dapat masa perkembangan staf kat sekolah tadi.. Okeh, PERASA ni adalah singkatan bagi PEMBIMBING RAKAN SEKERJA.. banyak nak share ni jadi tr buat note jelah eh? Mana yang tr ingat, tr akan ulas la.. Korang jgn lupa baca... p/s: Budak2 tak yah nak copy benda ni.. Takde kena-mengena ngan korang pun.. Kena saman kang, tak pasal2 je..  10 RUKUN PERASA -  Bak kata Kak Kiah: Yang penting, redho jelah.. BERSYUKUR TIDAK BOLEH MARAH SENYUM SELALU LIHAT DALAM DIRI MENYIMPAN RAHSIA RAKAN 'WALK YOUR TALK' AMALKAN 'CUT APPLE A' ASALKAN BAHAGIA MENGAMBIL BAHAGIAN TIADA 'UNFINISHED BUSINESS' TATACARA PERGAULAN: Bersikap sederhana Perbualan yang teratur Lebih banyak mendengar Kurang bercakap Banyak melihat kebaikan orang lain Mendengar dengan berkesan Jangan memuji diri di khalayak ramai Pakai pakaian yang sederhana Jangan menggesa Jangan memberitahu harta/simpanan Kawal nafsu apabila marah Bersopan ...

Perkembangan Staf Yang Sangat Best!!!!

22/12/2011 (Khamis) Hari ni ada perkembangan staf di sekolah.. Ada 2 slot dari pukul 8.00 sampailah pukul 12.30pm.. Slot pertama membincangkan mengenai Headcount. Slot yang kedua, something yang memboringkan sebab namanya pun dah 'Sekolahku, Kehidupanku'.. Okeh, kita cerita dulu pasal headcount.. Penceramah ni seorang kawan rapat PM (singkatan kepada bos tr), Pn Mazmin bt Mohd, pengetua SMK Serendah.. Suaranya besar, dan melalui suaranya kita tau dia memang tegas.. wpun begitu, dia ada sense of humour dimana tr rase utk menjadi seorang pengetua, kriteria begitu patut ada utk mengambil ati seseorg.. Dulu, tr tak berapa paham sangat dgn headcount, paham gitu2 je.. tp bila Pn Mazmin xplain pasal headcount, tr jadi paham n sebab kepakaran itulah yang melonjakkan nama SMK Serendah dalam PMR.. Tahun ni tr nak buat betul2 dgn headcount ni.. Kita cubalahkan... mana tahu prestasi kita, prestasi SMKPP juga akan meningkat.. Tr suka kalau anak2 murid tr berusaha.. Kita cuba ye? ...

Amaran Shahrizat

KUALA LUMPUR : Bagi mengotakan janjinya yang mahu memberi amaran keras kepada pihak tertentu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mendesak pembangkang menghentikan serangan berbaur peribadi terhadapnya. Sambil menyebut jelas nama Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin di hadapan 994 perwakilan Wanita, beliau menggesa pemimpin pembangkang itu mendesak presiden partinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan seperti yang dilakukan terhadapnya. “Saya nak kata kepada Zuraida...ooo, awak nak suruh saya letak jawatan...saya nak mencabar...okey, dengar ya puan-puan (semua perwakilan berdiri), saya nak mencabar Ketua Wanita PKR ini yang mendesak saya letak jawatan kerana apa....hanya kerana suami saya menjadi Pengerusi Eksekutif NFC (Perbadanan Fidlot Nasional). “(Sedangkan) saya tak kena mengena...saya jalankan tugas saya, suami saya buat tugas dia....(Zuraida) nak suruh saya letak jawatan, (ia) tak ada kena mengena. Kala...

Ucapan Dasar Presiden- UMNO menjuarai Transformasi

Dipetik dari UMNO Online. Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya. Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping...

UMNO TERUS DAKAP DEMOKRASI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi dan bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politiknya. Najib berkata oleh sebab itulah apabila beliau mengambil alih tampukkepimpinan parti dan kerajaan 30 bulan yang lalu, beliau dan rakan-rakan samaada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah danpembaharuan. "Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka," katanya dalam ucapan dasarnya bertajuk "UMNO Menjuarai Transformasi" pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. Katanya, sikap UMNO yang sentiasa mendakap demokrasi itu tepat digambarkan oleh pepatah Inggeris "the proof of the ...