Langkau ke kandungan utama

UMNO TERUS DAKAP DEMOKRASI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi dan bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politiknya.

Najib berkata oleh sebab itulah apabila beliau mengambil alih tampukkepimpinan parti dan kerajaan 30 bulan yang lalu, beliau dan rakan-rakan samaada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah danpembaharuan.

"Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka," katanya dalam ucapan dasarnya bertajuk "UMNO Menjuarai Transformasi" pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.

Katanya, sikap UMNO yang sentiasa mendakap demokrasi itu tepat digambarkan oleh pepatah Inggeris "the proof of the pudding is in the eating" (belum tahu buruk baiknya kalau belum dicuba). Serentak itu, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN, menyindir parti-parti lawan yang sebenarnya lebih tidak demokratik daripada UMNO.

"Kita bukan seperti pihak lawan. Contoh pertama, parti A, jawatan Ketua Umum, sudahlah tidak dipilih secara demokratik, lebih berkuasa pula daripada Presiden parti.

"Contoh kedua, Parti B sebuah parti yang memakai gelar demokrasi, namun, langsung tidak demokratik. Apakah demokratik namanya kalau perwakilan cawangan memilih 20 orang ahli jawatankuasa pusat dan kemudian ahli jawatankuasa pusat tersebut pula, memilih kepimpinan tertinggi parti? Ini jelasnya, tidak sama sekali mencerminkan kehendak ahli terbanyak.

"Manakala contoh ketiga, adalah Parti C, yang kononnya memperjuangkan negara kebajikan. La hawla wala...., jawatan Mursyidul Am pun, tampaknya tidak diundi secara demokratik, tetapi ternyata lebih berkuasa daripada Presiden.

"Tambahan lagi Parti A itu, suami ketua umum, isteri presiden, anak perempuan sulung naib presiden, timbalan presiden pulak.....emm...tak payah lah kita cerita," kata Najib.

Beliau berkata selama hampir enam dekad, UMNO menjadi parti teras yang menonggak kejayaan dan rekod-rekod membuktikan bahawa Umno tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti-parti komponen seperti yang difitnah oleh pembangkang.


"Jauh sekali daripada kemelut gabungan parti pembangkang yang tidak mampu berijmak dan bersatu hati walaupun dalam soal-soal dasar. Misalnya, dalam perihal negara Islam, Parti A kata, setuju secara peribadi. Parti B kata, tidak
sekali-kali, langkah mayat mereka dahulu. Parti C pula kata "kita tukar jadi negara kebajikan". Pening dan keliru rakyat dibuatnya," kata beliau.

Najib berkata berbeza dengan UMNO, sebagai parti teras, UMNO mengambil langkah berganding dan bekerjasama dengan parti-parti komponen dengan sifat pragmatik, realistik dan ikhlas.

"Kita menerima seadanya rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Kita saling percaya-mempercayai, saling bergantungan dan saling bersefahaman sejak sebelum merdeka lagi. Inilah yang membuat kita berjaya sebagai teraju dalam memakmurkan negara ini," katanya.

Beliau berkata, apa yang ada hari ini seperti dapat disaksikan oleh semua bukan dibina dalam masa yang singkat malah ia terbina dengan penuh tatih, pengorbanan dan jerih payah. 

"Ia dibangunkan oleh bapa-bapa kita orang-orang Melayu, orang-orang Cina, orang-orang India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi termasuklah Orang Asli dan orang Siam. Cita-cita mereka, impian mereka, tidak lain tidak bukan demi
kehidupan lebih baik untuk kita. Ia diteruskan lagi oleh generasi kini yang mendambakan masa depan lebih cerah untuk anak-anak cucu kita," katanya. 

Presiden UMNO itu juga mengingatkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang amat berjasa bukan sahaja kepada oang Melayu malah kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

"Namun, alangkah pedih dan alangkah lukanya hati kita, apabila hari ini, UMNO, parti yang sarat jasa dan baktinya, sedang dimomok, dinista dan dicerca semahunya. Malah, jasa kita seolah hendak dipadam terus daripada helaian
sejarah.

"Mereka tanpa malu dan segan, gah mendakwa bahawa UMNO langsung tiada budi atas kehidupan mereka. Kalau benarlah begitu, siapakah yang mengubur Malayan Union? Siapa yang memenangi kemerdekaan secara aman? Kalau bukan parti bertuah ini.

"Mengatasi semua persoalan ini, kata orang, kalau mandi air di kali, jangan lupa pada siapa yang menggalinya. Kerana bukankah UMNO yang menjadi induk, mencipta kemakmuran?" katanya.

 - BERNAMA

Tr: SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN, SAYA AKAN TETAP BERSAMA UMNO.. AKAN TEGUH BERSAMA UMNO.. AKAN BERSAMA-SAMA BERJUANG MEMARTABATKAN BANGSA MELAYU.. AKAN MENYOKONG SERATUS PERATUS PERJUANGAN UMNO!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...