Langkau ke kandungan utama

PERASA

Salam semua..

Kali ni tr nak share info@maklumat yg tr dapat masa perkembangan staf kat sekolah tadi.. Okeh, PERASA ni adalah singkatan bagi PEMBIMBING RAKAN SEKERJA.. banyak nak share ni jadi tr buat note jelah eh? Mana yang tr ingat, tr akan ulas la.. Korang jgn lupa baca...
p/s: Budak2 tak yah nak copy benda ni.. Takde kena-mengena ngan korang pun.. Kena saman kang, tak pasal2 je.. 

10 RUKUN PERASA - 

Bak kata Kak Kiah: Yang penting, redho jelah..
  1. BERSYUKUR
  2. TIDAK BOLEH MARAH
  3. SENYUM SELALU
  4. LIHAT DALAM DIRI
  5. MENYIMPAN RAHSIA RAKAN
  6. 'WALK YOUR TALK'
  7. AMALKAN 'CUT APPLE A'
  8. ASALKAN BAHAGIA
  9. MENGAMBIL BAHAGIAN
  10. TIADA 'UNFINISHED BUSINESS'
TATACARA PERGAULAN:
  • Bersikap sederhana
  • Perbualan yang teratur
  • Lebih banyak mendengar
  • Kurang bercakap
  • Banyak melihat kebaikan orang lain
  • Mendengar dengan berkesan
  • Jangan memuji diri di khalayak ramai
  • Pakai pakaian yang sederhana
  • Jangan menggesa
  • Jangan memberitahu harta/simpanan
  • Kawal nafsu apabila marah
  • Bersopan di majlis
  • Jangan menghargai harta lebih dari harga diri
  • Jangan bergurau senda dengan isteri/suami sahabat
  • Jangan memuji kelebihan anak2 kepada sahabat
  • Menyayangi rakan
  • Merendah diri
  • Tidak mendengar khabar angin
  • Elakkan tidak bertegur sapa lebih dari 3 hari
  • Bergaul dengan jujur
  • Peka perasaan rakan
  • Jangan memasuki rumah rakan sebelum mendapat izin
  • Memberi salam
  • Suka menggembirakan rakan
KALAU ANDA MENGHADAPI TEKANAN...

  1. Bacalah al-Quran
  2. Solat/ Zikir/ Ibadat
  3. Asingkan diri utk beribadat n dekatkan diri dengan Allah
  4. Tenung langit/ laut
  5. Menangis
  6. Bercerita/ mendengar cerita
  7. Bercuti/ berehat/ bersantai
  8. Menjerit
  9. Menyanyi/ Nasyid/ Qasidah
  10. Meditasi / Muhasabah
  11. Berdoa
  12. Mendengar muzik/deruan ombak/bird singing
  13. Peluk baby
  14. Peluk pasangan suami/isteri
  15. Lebih kerap memberi belaian
  16. Senyum selalu
  17. Yoga
  18. Sedekah
  19. Ingat mati
  20. Tukar imej diri
  21. Perbaiki komunikasi
  22. Asertif
  23. Sabar
  24. Cara yg unik yg sesuai dilakukan oleh seseorang ind tapi tak langgar agama.
Sebenarnya masih banyak lagi note Kak Kiah tapi sebab masa tak mengizinkan, so dia tjk slide laju2...tr tak sempat salin... huhuhuhu...

ANYWAY, KAK KIAH MEMANG BESTTTTT!! 

Bertuah PM ada kawan mcm Kak Kiah..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...