Langkau ke kandungan utama

Perkembangan Staf Yang Sangat Best!!!!

22/12/2011 (Khamis)


Hari ni ada perkembangan staf di sekolah.. Ada 2 slot dari pukul 8.00 sampailah pukul 12.30pm.. Slot pertama membincangkan mengenai Headcount. Slot yang kedua, something yang memboringkan sebab namanya pun dah 'Sekolahku, Kehidupanku'..


Okeh, kita cerita dulu pasal headcount.. Penceramah ni seorang kawan rapat PM (singkatan kepada bos tr), Pn Mazmin bt Mohd, pengetua SMK Serendah.. Suaranya besar, dan melalui suaranya kita tau dia memang tegas.. wpun begitu, dia ada sense of humour dimana tr rase utk menjadi seorang pengetua, kriteria begitu patut ada utk mengambil ati seseorg..
Dulu, tr tak berapa paham sangat dgn headcount, paham gitu2 je.. tp bila Pn Mazmin xplain pasal headcount, tr jadi paham n sebab kepakaran itulah yang melonjakkan nama SMK Serendah dalam PMR..
Tahun ni tr nak buat betul2 dgn headcount ni.. Kita cubalahkan... mana tahu prestasi kita, prestasi SMKPP juga akan meningkat.. Tr suka kalau anak2 murid tr berusaha.. Kita cuba ye?


Okeh, slot kedua pula.. Sebelum bermula slot kedua, ada break 10 minit, ramai teman2 tr dah keluor(gi buang air).. Tr pulak, lapar!!! Nek moyang an lapa.. Dari pagi tak makan.. Sarapan dah bawak (bihun goreng-beli kat Orchid), dengan berbaki masa 10 minit tu, tr pun makanlah bihun goreng tu cepat2.. tak sangka.. cepat betul tr makan.. tau2 dah abis..hehe.. PM kata makan sebelum LADAP.. jgn makan waktu break, maksudnya jgn kluar mkn mana2 waktu break.. tr tak gi mana2, tr makan cepat2 kat situ juga.. Maaflah PM.. tak sempatlah PM.. 


Slot kedua....
Slot ni tr dah jangka dah mesti boring, mesti ngantuk.. mesti bla bla bla... NAMUN!!!!! tr salah sama sekali! Tajuknya bukan sekolahku kehidupanku! Betul! Bukan tipu2 ni..


Slot kedua, tajuknya adalah PERASA aka Pembimbing Rakan Sekerja.. Penceramah jemputan kali ni adalah seorang x-PM, namanya Pn Zakiah @ Kak Kiah.. Ya Allah, orangnya sangat pandai bercakap. Lembut, kelakar ya amat dan bila dia bercakap, mata kita memang tak lekang ngan memandang wajahnya. Orangnya bukan muda lagi tapi memang mantap la. Kak Kiah ni adalah salah sorang best fren PM. Jadi bila PM ada pape masalah, PM akan mengadu pada dia. Kesempatan ni juga Kak Kiah menyeru pada sume guru supaya jangan mengumpat PM, redho je la kan.. Kak Kiah juga sokong BN.. Samalah kita..
Tr tau, kat sekolah, ramai yg tak suka n tak berapa suka ngan PM.. biasalah..dah otak pembangkang, asyik nak membangkang je.. sudahlah kakitangan kerajaan, benci pulak dgn kerajaan.. Kat skool, macamana tr nak cakap ek? Ada kwn2 tr suka cite pasal keburukan BN ngan tr.. ada je kesalahan BN yg diorg nampak.. kesalahan PKR tak nampak.. dah terang ngan nyata tu, tak nak plak akui.. Bila kwn2 tr ni bercakap, diorg ni tak tau ke, kdg2 di kalangan kwn2 tu sendiri masih ada org yg masih setia ngan kerajaan? main tabur je.. ingat sume org sama je.. Nama kakitangan kerajaan tp spt duri dalam daging.. apa kenamanya tu?Bak kata Hjh Zuraidah,  klu tak suka, boleh berundur.. cari keje lain..
Kwn2 tr yang masih muda.. Tak perlulah nak mengikut akak2 yg dah senior yg xmo sokong kerajaan.. Ikutlah kata hati sndr.. Jgn jadi lalang.. ikut sana-sini membabi buta..dengar je khabar angin, nah terus percaya.. 
Tepuk dada, tanya selera..


Tr tetap bersama UMNO, selamanya..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...