Langkau ke kandungan utama

KESALAHAN DAN MATA PENALTINYA

Assalamualaikum..


Ingat tak dulu.. Tr penah beritahu pasal jenis2 kesalahan dan jumlah mata demeritnya.. Ingat tak? So kali ni tr letak lagi sekali utk renungan kita semua.. supaya kita tahu, tahu-setahu tahunya.. supaya ianya dijadikan peringatan dan anak murid tr lebih berhati2 supaya tidak digantung dan dibuang sekolah...


BIL
KESALAHAN YG BIASA KORANG BUAT
PENALTI
1.
Cakap benda atau perkara2 lucah
-20
2.
Lukis benda2 lucah
-20
3.
Rambut panjang/ Rambut berfesyen (korang ingat ni Korea?)
-3
4.
Kuku panjang macam Pontianak (eii mcmana la korang makan)
-2
5.
Tiada logo sekolah
-2
6.
Tiada name tag
-2
7.
Tiada tali leher
-2
8.
Seluar berfesyen (cikang dan sewaktu dgnnya)
-2
9.
Tudung pendek hingga menampakkan dada n leher
-2
10.
Tidak pakai anak tudung@ skaf separuh
-2
11.
Pakai gelang, cincin ke sekolah, Handphone (kena rampas)
-2
12.
Berlegar2 tanpa haluan (berkeliaran dlm kawasan sekolah)
-2
13.
Lewat datang ke sekolah
-2
14.
Lewat masuk kelas
-2
15.
Tak buat keje yang cikgu bagi/Tak bawak buku
-2
16.
Bermain2 dalam kelas/ Bising (Harus diingat ye, kalau bising melampau, cikgu suruh diam byk2 kali pun takmo ikut, itu sudah menjadi ENGKAR ARAHAN GURU)
-2
17.
Keluar tanpa PAS
-10
18.
Panjat tembok dan KELUAR DARI KWSN SEKOLAH TANPA KEBENARAN (wpun sekadar nak beli jajan kat flat sebelah)
-10
19.
Berkelakuan kasar dgn pengawas
-10
20.
Berkelakuan kasar dgn pelajar lain
-10
21.
Berbahasa kesat
-10
22.
Hisap rokok dan simpan rokok (+rotan sekali merokok)
-10
23.
Ganggu cikgu tengah ngajar kat depan
-10
24.
Engkar arahan guru/ Tak hormat guru
-10
25.
Tak respect pengawas, tak nak dengar arahan pengawas
-5
26.
Menipu guru (korang ingat cikgu2 tu budak kecik?)
-15
27.
Ponteng kelas (Memilih cikgu pulak lah ye..)
-2
28.
Ponteng assembly
-5
29.
Meniru masa exam
-15
30.
Bercakap semasa perhimpunan rasmi (+rotan)
-10
31.
Berkasar dengan cikgu (tumbuk/ tolak dan seangkatan dengannya)
-15
33.
Buli (Mintak duit) Tindakan: Buang sekolah terus
-40
34.
Peras Ugut (Cth: Ko tunggu kat luar sekolah!) Tindakan: Buang Sekolah jugak ler.
-40




hmm.. cukuplah tu.. penat dah tr taip.. ok macam ni, sekiranya hari tersebut korang ponteng kelas.. korang lepak kat tangga, jalan2 kat dataran, lari dari cikgu (wpun cikgu dah cam n panggil nama korang), haaa... cuba kira berapa jumlah mata penalti...

ponteng kelas = 2
keluar tanpa kebenaran+tanpa pas = 10
berkeliaran dalam kwsn sekolah = 2
engkar arahan guru = 10
Jumlah= 24.. (kejap je kan dah dapat 24)

Kesalahan2 kecil yang mata penaltinya cuma 2 dan 3 tu, jangan dipandang mudah sangat.. Mata2 penalti tu kalau dikumpul, boleh kena gantung tau.. For example, utk seluar cikang n tudung pendek eh, kalau sekali, dua kali dia jadi 4 mata, kalau dah byk kali? asyik org yg sama? dia akan jadi ENGKAR ARAHAN. Bayangkanlah berapa demerit korang leh dapat... Boleh beli keta woo.. Lepas tu bersiap2 la gi ber'cuti' ye.. 

Kali ini peraturan dah jadi ketat.. Jadi korang tak leh nak main2 lagi dah.. Apabila jumlah demerit dah sampai -20 (Amaran 1 akan dikeluarkan). Demerit-30 (Amaran 2). Demerit -40 (Amaran 3 beserta surat pertuduhan gantung). So jangan cakap takde orang yang inform pasal ni. Awal2 lagi tr dah beritahu semasa taklimat disiplin ye..Malahan Tuan Pengetua pun siang2 dah bagi amaran, kan?


p/s: Apabila berada di sekolah ini, ikutlah peraturan.. Tiada tempat yg tiada peraturan, hatta penjara JUVANA pun ada peraturan.. Antara nak ikut dan tak nak je kan.. Kalau tak suka, tak sayangkan sekolah ni, sbb byk sgt peraturan kena ikut...kan, korang leh berhijrah ke sekolah lain. Bila tr suruh pindah ke sekolah tu, pandai plak korang cakap sekolah tu 'sosial' la,tak bestlah.. itulah, inilah.. aik!! pandai pulak korang komplen.. Bukankah ini yg korang nak, korang dambakan selama ni?


oklah.. adios amigos, sekian dari Unit Disiplin. Assalamualaikum..

Ulasan

Unknown berkata…
ok tr ... leeya akn bntu tr dlm msalh disiplin skolah ...
Tr Linda berkata…
hehehe pandai korang eh?

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...