Adab Ketika Marah

Rasulullah SAW pernah menasihatkan seorang lelaki: " Jangan marah." (Riwayat al-Bukhari).

Menurut al-Khattabi, maksud larangan tersebut adalah menajuhi sebab2 yang mencetuskan marah dan jangan melakukan sesuatu ke arah sikap tersebut. Mari kita perhatikan adab2 ketika marah;

  • Jangan marah kecuali kerana ALLAH. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Demi ALLAH, baginda tidak pernah marah kerana urusan peribadi yang baginda hadapi kecuali apabila larangan ALLAH dilanggar, maka baginda akan marah kerana ALLAH." (Riwayat al-Bukhari)
  • Ingat kekuasaan dan keagungan ALLAH ketika marah.
  • Menahan marah. ALLAH menyukai orang yang menahan marah sebagaimana firman-Nya yang bermaksud.."dan org yang menahan marahnya dan memberi maaf kepada org lain dan ALLAH mencintai org yang berbuat kebaikan."
  • Berlindung kepada ALLAH ketika marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Jika seseorg yg marah mengucapkan 'A'uzubillah' (aku berlindung kepada ALLAH), nescaya akan reda kemarahannnya.
  • Diam. Daripada Imam Ahmad, maksud sabda Rasulullah SAW: "Ajarilah, permudahkanlah dan jangan menyusahkan. Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaklah ia diam."
  • Mengubah posisi. Sabda Rasulullah SAW maksudnya: "Jika salah seorg dari kamu marah ketika berdiri, maka hendaklah ia duduk. Apabila marahnya tidak hilang juga, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Abn Majah)
  • Berwuduk.
  • Bersabar dan memaafkan.
  • Jangan berdendam.
P/S: Tr berminat dengan artikel ni setelah tr membaca novel 'YANG MANA SATU' karya EMMA MAIZURA. Jangan lupa baca novel tu ya...

Ulasan

Catatan Popular