Langkau ke kandungan utama

Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah 2012

 
 
Pada hari Rabu bersamaan 5 September 2012, sekali lagi SMKPP menganjurkan Sambutan Aidilfitri di sekolah. Meriahnya bukan main. Penuh dengan warna-warni. Para pelajar dibenarkan memakai baju raya ke sekolah. Memang vogue kalau pelajar dah berpakaian cantik2 begitu. Tr pun tak dapat nak cam mana satu pelajar, mana satu guru. Okeylah.. Pengacara pada hari berkenaan ialah Pn Faradisa dan En Mohd Shah. Acara dimulakan dengan bacaan Doa dan seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua kita, En Ahmad Badri b Mardi. Selesai sahaja gimik perasmian, bermulalah acara persembahan pelajar.. Ada choral speaking, akustik raya, dan nyanyian lagu raya.. Jomlah kita tgk gambar2 pula..

akustik raya di bawah pimpinan cikgu Pendi

Lagu Balik Kampung dinyanyikan oleh Afiq & Maiz. Dipimpin oleh cikgu Ramzee

Makan Time


 Kesian.. Pengawas pun kena bertugas..
 
Okeh, selesai sahaja majlis sambutan aidilfitri tersebut, semua pelajar2 kena masuk ke kelas dan belajar semula. Bukannya senang nak tengok pelajar belajar dengan berpakaian warna-warni kan? Selalunya baju sekolah je..
Susah juga Tr nak deal dgn kelas 2L. Diorang sebenarnya malas nak belajar. Bila ada kamera di tangan, keje diorang nak bergambar aje. Jadi Tr pujuk, kita belajar dulu.. Habis belajar, kita boleh ambil gambar.




 
Di bawah ni pula gambar2 pelajar 2 Bestari. Bukan main lagi posingnya kan?

 Pillisia
 
Hazim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...

Kamus Negeri Sembilan

Untuk waghih2 yg dah lupo Bahaso kampung elok simpan dlm satu fail khas. Kamus ni tak ado jual di pasaran. Haahaaa. . KAMUS NOGORI A. Angka- Suhu badan seperti hendak demam Aka-aka - Dipermain-mainkan. B. Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat Baju prat- Baju T Banga - Bau busuk yang mengisi ruang. Baning - Degil yang teramat sangat Bayang - Tak stabil, nak tumbang . Bega - Degil yang amat sangat Bengot - Herot, senget Bentong - Kecik tak mau besar-besar. Biaweh- Jambu batu Biak- Lecah, lopak air Bincau- Kecoh sambil marah Bincut- Benjol kecil Bidik - Baling, lempar, locut. Binga- Pekak Binjek - Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek - secubit. Bintat- Bekas gigitan serangga Bobek - Balut Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang) Bocompogho- Mandi dengan suka ria Bocoghabih - Banyak cakap Bocoghidau - Membising, becok. Bocokak - Bekelahi Boda- Pukul Bodahagi - Susah, l...