Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

New year, new spirits!

Hehehe tak sabar nak tunggu sekolah buka... Tak sabar nak mengajar B.I.. Tak sabar nak jumpa anak2 murid.. Tak sabar nak punch kat pejabat... lah! Kesitu lak dia... Tak sabar nak menguruskan kelas 2 L... hehehe jagalah korang.. Tak sabar nak duduk kat bilik disiplin... ni pun satu.. tr dah punya semangat baru, jaga korang tahun depan.. Tak sabar nak tgk budak2 olahraga..

Cara Menghindari Pukau..

Berikut adalah cara-cara bagi menghindari ilmu pukau.. Sekadar renungan bersama.. 1. Baca doa berikut..     "Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui" 2. Ayatul Kursi 3. Al-Muawwizat ( Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas) 4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan kita dari apa jua bahaya. InsyaAllah Dipetik dari tulisan Tuan Guru Dato' Dr Haron Din..

Indahnya Islam..

MASYA ALLAH, MERDUNYA.. SURAH AL MULK BACAAN QURAN SEDAP SANGAT

PERASA

Salam semua.. Kali ni tr nak share info@maklumat yg tr dapat masa perkembangan staf kat sekolah tadi.. Okeh, PERASA ni adalah singkatan bagi PEMBIMBING RAKAN SEKERJA.. banyak nak share ni jadi tr buat note jelah eh? Mana yang tr ingat, tr akan ulas la.. Korang jgn lupa baca... p/s: Budak2 tak yah nak copy benda ni.. Takde kena-mengena ngan korang pun.. Kena saman kang, tak pasal2 je..  10 RUKUN PERASA -  Bak kata Kak Kiah: Yang penting, redho jelah.. BERSYUKUR TIDAK BOLEH MARAH SENYUM SELALU LIHAT DALAM DIRI MENYIMPAN RAHSIA RAKAN 'WALK YOUR TALK' AMALKAN 'CUT APPLE A' ASALKAN BAHAGIA MENGAMBIL BAHAGIAN TIADA 'UNFINISHED BUSINESS' TATACARA PERGAULAN: Bersikap sederhana Perbualan yang teratur Lebih banyak mendengar Kurang bercakap Banyak melihat kebaikan orang lain Mendengar dengan berkesan Jangan memuji diri di khalayak ramai Pakai pakaian yang sederhana Jangan menggesa Jangan memberitahu harta/simpanan Kawal nafsu apabila marah Bersopan ...

Perkembangan Staf Yang Sangat Best!!!!

22/12/2011 (Khamis) Hari ni ada perkembangan staf di sekolah.. Ada 2 slot dari pukul 8.00 sampailah pukul 12.30pm.. Slot pertama membincangkan mengenai Headcount. Slot yang kedua, something yang memboringkan sebab namanya pun dah 'Sekolahku, Kehidupanku'.. Okeh, kita cerita dulu pasal headcount.. Penceramah ni seorang kawan rapat PM (singkatan kepada bos tr), Pn Mazmin bt Mohd, pengetua SMK Serendah.. Suaranya besar, dan melalui suaranya kita tau dia memang tegas.. wpun begitu, dia ada sense of humour dimana tr rase utk menjadi seorang pengetua, kriteria begitu patut ada utk mengambil ati seseorg.. Dulu, tr tak berapa paham sangat dgn headcount, paham gitu2 je.. tp bila Pn Mazmin xplain pasal headcount, tr jadi paham n sebab kepakaran itulah yang melonjakkan nama SMK Serendah dalam PMR.. Tahun ni tr nak buat betul2 dgn headcount ni.. Kita cubalahkan... mana tahu prestasi kita, prestasi SMKPP juga akan meningkat.. Tr suka kalau anak2 murid tr berusaha.. Kita cuba ye? ...

Amaran Shahrizat

KUALA LUMPUR : Bagi mengotakan janjinya yang mahu memberi amaran keras kepada pihak tertentu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, semalam mendesak pembangkang menghentikan serangan berbaur peribadi terhadapnya. Sambil menyebut jelas nama Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin di hadapan 994 perwakilan Wanita, beliau menggesa pemimpin pembangkang itu mendesak presiden partinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail meletak jawatan seperti yang dilakukan terhadapnya. “Saya nak kata kepada Zuraida...ooo, awak nak suruh saya letak jawatan...saya nak mencabar...okey, dengar ya puan-puan (semua perwakilan berdiri), saya nak mencabar Ketua Wanita PKR ini yang mendesak saya letak jawatan kerana apa....hanya kerana suami saya menjadi Pengerusi Eksekutif NFC (Perbadanan Fidlot Nasional). “(Sedangkan) saya tak kena mengena...saya jalankan tugas saya, suami saya buat tugas dia....(Zuraida) nak suruh saya letak jawatan, (ia) tak ada kena mengena. Kala...

Ucapan Dasar Presiden- UMNO menjuarai Transformasi

Dipetik dari UMNO Online. Alhamdulillah, dizahirkan sejuta kalimah syukur ke hadrat Allah SWT, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita dapat sekali lagi berkumpul dalam dewan penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW yang senantiasa dipersadakan kepimpinannya. Berbekal rasa tawadhu’ dan kerendahan hati, Perhimpunan Agung UMNO kali ini ditandai masuknya Tahun Baru Hijrah 1433. Ini bererti, hampir 1380 tahun wafatnya Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW pada 11 Hijrah bersamaan tahun 632 Masihi. Baginda telah kembali ke pangkuan Ilahi. Pergi selamanya meninggalkan kita dengan dua pegangan utama yakni Al-Quran dan Sunnah sebagai suluh sepanjang zaman agar tidak tersasar dalam perjalanan hidup di dunia ini. Menyisir sirah Nabawi, dengan beriktibar daripada rentetannya, Rasul yang agung itu, telah mewariskan kepada tamadun kemanusiaan suatu riwayat kepimpinan penuh berteladan. Baginda telah didokong dan didamping...

UMNO TERUS DAKAP DEMOKRASI

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa UMNO adalah parti yang mendakap demokrasi dan bukan parti yang gentar terhadap demokrasi seperti tuduhan seteru politiknya. Najib berkata oleh sebab itulah apabila beliau mengambil alih tampukkepimpinan parti dan kerajaan 30 bulan yang lalu, beliau dan rakan-rakan samaada dalam Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) mahupun Kabinet, telah mengambil keputusan untuk melaksanakan proses islah danpembaharuan. "Dalam parti, mula-mula sekali kita telah membesarkan francais pemilih bagi ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita mahu lebih ramai orang UMNO diberi hak untuk memilih pemimpin mereka," katanya dalam ucapan dasarnya bertajuk "UMNO Menjuarai Transformasi" pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini. Katanya, sikap UMNO yang sentiasa mendakap demokrasi itu tepat digambarkan oleh pepatah Inggeris "the proof of the ...

Musim bertunang, musim berkahwin sudah bermula

hehehe... Tr bakal bersaudara dengan jiran rumah sebelah tr.. hehehe.. Tak sangka ye.. Kat manalah diorang ni berjumpa.. tau2 dengar cerita risik, tunang... hehehe.. So jenguk2lah gambar kat bawah ni...

Cara-Cara Nak Memakai Selendang, Shawl Ngan Cantik

Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semua? Hehe.. Tr tgh bertugas ni. Takde keje tr pun tgk2lah cara2 pemakaian tudung@shawl@selendang yang budak2 sekarang pakai ni. Serius, tr memang tak pandai langsung nak pakai tudung ala2 gini.. hehe bentuk muka tak sesuuuuuaaiiiii.. haha (sedor diri). So, bila tr update cara pemakaian shawl ni( tr pun amek kat internet je), bolehlah kita sama2 ubah cara pemakaian tudung kita ye.. (ini bukan azam tahun baru ye) sebab kalau tak jadi @ tak kena cara pemakaiannya, alamat kita pakai style lama je la.. Jadi, selamat menge'try'.. (Hahaha masak cikgu BI guna bahasa mengetry macam ni)

Cuti Sekolah Sudah Bermula

Suke korang eh bila time cuti2 ni.. YEY CUTI!!!! Semua orang suka bila cuti sekolah bermula.. Tr pun suka bila sekolah dah cuti.. Bila sekolah dah cuti, itu bermakna tr tak perlu pegi keje.. alangkah bestnya.. dapat duduk rumah, jaga anak, kemas rumah.. tak payah tr nak pk apa tr nak ajar untuk satu hari, satu minggu.. Cuti sekolah ni pun takdelah panjang sangat, namun tr akan gunakan dengan sebaik2nya.. Cewah! Serius woo cuti ni bukannya panjang sangat pun, dua minggu akhir bulan 12 tr dah kena datang skulah.. meeting jek sepanjang masa.. masa tu jangan la pk atau nak plan kemana2. Che Mat dah pesan awal2 kepada sume anak2 buah, toksah mengada2 nak pi obersi ke obemun ke.. dok skulah, kita meeting.. Anyway, skang bukan bulan Doblas pun, soooo... enjoy lah! hahahaha.. Okey, semalam (19/11/11) tr jaga peksa kat SMK Bt 8, Puchong. Serius, skulah tu mmg corok. Naik bukit....tinggi betul.. Seram seh kat situ. Nasib baik tr jaga peksa siang, kalau jaga malam, bagi 1000 pun tr xmo....

Jom visit..

Jom jenguk blog Akar Bangsa.. Kita sokong perjuangan dan rumpun bangsa sendiri.. Nantikan kemunculan t-shirt baru Akar Bangsa. Harga pun takdelah mahal.. Berpatutan je..

Hehe baru je cakap..

Baru je tr cakap yang adik tak hisap puting kan... 2hb Nov, waktu malam..masa org nak tido.. adik umie takleh tido. Tergelak sana, tergelak sini..asyik main je.. last2 nangis.. rupa2nya nak kena sumbat ngan puting.. adoiyai.. nasib baik la tr tak buang puting tu.. Dijadikan cite, waktu siang dia langsung tak ingat dah kisah puting mulut ni.. bila malam nak tido kena prepare puting lak.. camtu lak. tapi takpelah dik, janji adik bahagia, sudah..

Hari Ini Birthday Adik Umie

gambar adik tengah tengok tv kat kampung..  Hari ni 1hb November 2011 (011111), genaplah umur adik 1 tahun.. Dan bermula semalam, adik dengan rasminya tidak lagi mengendahkan puting mulutnya.. hehe.. tak taulah ngape. Sebenarnya setat dari balik kampung aritu dah dia dah mula mengabaikan puting. Tido pun slamber jek. Tr pun tak amek port sangat. Tapi semalam la nenek (ibu mertuaku) tanya puting adik letak kat mana..sebab takut time nak tido nanti dibantainya melalak cari puting. Tr cakap kat nenek, adik dah tak pakai puting tapi sekiranya angin kuskus dia datang, hanya puting jadi pengobat kerinduan, maka puting itu letaknya didalam beg.(beg baju n pempes). Makanya memeng bener, udahnya sampei ke petang memang dia nggak makei puting nyonyot itu.. (apo plak cakap indon ni. Kumpulan bawel la punyo pasal ni) Mungkin inilah yang dikatakan transformasi..hehe.. Abg dulu susah jugak nak cerai puting mulut ni.. Rasenya dalam tahun ni barulah dia berenti, tu pun dah umo 3 tahun lebih....

Bertimbangrasalah sikit..

Deepavali baru je lepas semalam.. Tr pun dah ada kat kampung dah.. Anak2 nak bermanja ngan atok diorg kan.. Kat kampungkan ada streamix, so bila2 masa ada kelapangan, tr leh la tgk internet kejap..  Bila tgk facebook, rata2 anak murid mnyumpah seranah perayaan Deepavali semalam.. Kata mereka sambutan bunga api 2 hari lepas mengganggu tidurla, dan bermacam2 lagi.. Hehe.. Tulah.. Tr bukan nak back-up org India tapi terkadang kita lupa kan.. Kalau time kita Raya, ada diorang bising2? Ada diorang kata 'dey kici, kasi senyap sikit boleh ka? Anak saya mau tido..' Ada diorang cakap macam tu? Bg tr la, setakat satu malam je yang bising, takde hal la.. Kalau time kita Raya pula, tr rase dah dekat nak Raya tu, macam perang pun ada. Betul tak? Kita kenalah jaga keharmonian masyarakat majmuk itu sendiri.. Tak perlu bangkitkan sentimen kebencian, perkauman dalam hal2 remeh-temeh macam ni.. Raya bukannya setiap hari.. Setahun hanya sekali.. so, bertimbangrasalah sikit..