Langkau ke kandungan utama

Dua hari lepas...

Assalamualaikum... Tr ada kisah terbaru.. 2 hari dah peram ni.. Semalam tak sempat nak khoba'an dalam blog. Tr ngantuk sangat.. Macam ado gam kek mato ni.. Ngantuk kan main.. (Ngantuk sangat)..

Okeh, kisah pertamo... Kek sekulah, tr dapat berita ada sorang amoi masuk longkang time hujan2 ni.. hehe.. dikisahkan amoi ni ponteng kelas. Dia hanya masuk kelas pada masa pertama sahaja.. Yang lain2 tu dia 'belajar kat luar kelas'. Dikhabarkan juga, pada waktu hujan nan lebat, tika air longkang mulai ponoh, si amoi ni tadi masih berjalan2 dengan hepinya.. Tiba2 dia terserempak dengan Pn Rahimah. Dia cuba nak lari.. hehehe.. time nak lari ni la dia terjatuh dalam longkang.. keskeskes.. buat jahat lagi.. kan dah kena 'TULAH'..

Kisah keduo plak, ni kek umah pulak.. Malam eh tu.. kek dopan umah tr ada makcik mengamuk. Makcik ni baru je keluar spital 3 hari yang lopeh.. Anaknya sorang pelakon.. HUIYOO DOPAN UMAH TR ADA PELAKON.. tak perlulah tr bitau cite apa yang dia berlakon.. korang tak kenal pun.. walaupun dia berketurunan melayu2 mamak, tapi dia banyak berlakon cite tamil..sbb dia pandai cakap Tamil. Ok, berbalik pada cerita tadi. Makcik ni mengamuk sakan.. Tak taulah tr kenapa dia jadi gitu. Mungkin makcik tu tertekan sbb dia sakit kot.. tak pun dia sakit ati dengan anak dia.. tp ni hal diorg anak-beranak kan, so tr pun terus tido.. Hatta kol 3.30pg, tr dgr bunyi org cakap2 kek luar umah.. Bila tr jengok kek luar, humang aii banyak eh Pulis.. Rasanya ada 4 kete dan 2 motor.. Ni apa dah jadi ni? Masa tr skodeng tu, everything dah setel. Time ni, anak tu dah nak gerak ke balai ngan bf n adik-beradik dia. Hmmm... Yang menjadi persoalan tr skang ni ialah... Kat mana makcik tu skrang.. Dah 2 hari tak nampak muka.. Hati ni meronta2 nak tau apa dah jadi ngan makcik tu.. Makcik tu baik.. Selalu bagi abg adi coklat, jajan.. Tapi entahlah..

Rupa2nya smlm tr dapat tau Syawal ada juga tertolak seorang gadis dalam longkang (time ujan). Dia kata bukan amoi tapi pelajar Form 1. Tak baik tul Syawal ni.. Kesian budak tu.. Oh ye, cite pasal kesian kan.. Eh? meleret2 plak cite tr ni.. sebut pasal kesian, tr pun ada kesian dengan Faez (salah sorang guest tr dalam blog ni). smlm masa akhir, faez takde dalam kelas, tp tetiba dia masuk nak amek beg.. muka dia sedih je.. Bila tr tanya nape, dia cakap nak pergi balai. Balai? Terus tr jatuh kesian.. Tr kata kesiannya Faez.. Nangis Faez.. Budaknya baik, kecik plak tu.. Kesnya pukul pelajar lain sampai berjahit kepala.. so jadi kes Pulis la.. Kata kawan2 Faez, Faez tak pukul pun, kengkawan dia yg pukul tapi sbb Faez ada disitu dan kes ni pun ada kena-mengena ngan Faez, so kira macam bersubahat lah..

p/s: Skrg ni kalau ada kes gaduh2 (yang berat), cikgu2 dah tak cakap banyak dah.. Balai cerita. So beringat2lah.. Orang pegi skulah nak jadi pandai, bukannya nak jadi PANDIR, jadi SAMSENG, hingga menyusahkan MAK BAPAK. Kalau luorang datang skulah, tp bikin masalah, baik luorang blah, sblm omak ayah luorang sosah(blasah), kan dah susah..

Ulasan

farhan nabila berkata…
sebonar e..ap jd kek mak cik tu?
ahakz gossip gurl xoxo..hehhe

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...