Langkau ke kandungan utama

Kasih Kawan (pt 4)

Pagi lagi aku dah nampak Sue di pintu pagar utama. Ceria muka Sue hari ni.

"Sue. Apo pasal tak datang smalam? Best.. Macam-macam den nak cito kek kau hari ni."
"Sorilah poik. Den poie spita smalam. Domam. Nasib baik tak kono tahan kek wad." balas Sue. Kami berjalan beriringan ke dalam kawasan sekolah.
"Toghuk (teruk) ko?"
"Takdolah toghuk na(benar).. Den pitam smalam. Dah siap pakai baju sekolah dah time tu. Tetibo yo den jatuh. Apo laie, begogeh(bergegas) mak den anta gi spita. Hehehehe... Ni musti kau ghindu kek den kan? Kau musti takdo kawan kan? Hehehehe.." usik Sue.
"Hehehe nanti den cito kek kau. Moh kito poie port biaso dulu."balasku. Selalunya, apabila kami tiba awal di sekolah, kami selalu duduk di taman rekreasi sekolah. Apabila loceng berbunyi, barulah kami bergerak ke tapak perhimpunan.
Di taman rekreasi itu, habis aku ceritakan hal semalam pada Sue. Tergamam Sue mendengar kisah aku. Aku dah agak dah dia mesti tak sangka aku boleh berkawan dengan Adib.
"Best tul kau yo bilo den takdo. Ni yang den jeles ni."
"Dah. Tak payah nak jeles-jeles ngan den. Apo yang ado kek den ni pun. Takdo papo. Lainlah macam kau. Cantik, bogayo, kayo lak tu.. Ha sumo ado."

---------------------------------------------------

Yes! Teacher Linda takde hari ni. Dia MC. Aku dengar cerita dia demam. Mesti ada cikgu lain yang ganti kelas kami. Aku dan Sue dok sakan berbual di kelas. Apa nak risau, homework semua dah siap. Homework yang teacher Linda bagi semalam pun dah siap, tinggal nak tanda je. Suria dan Ganesh sibuk berlari ke sana-sini. Sesekali terdengar suara Hisham menjerit pada rakan sekelas.
"Bangun semua." kata Hisham sebaik ada guru yang masuk ke kelas kami. "Selamat pagi cikgu." kata Hisham lagi dan disambut oleh kami semua.
Aiseh. Cikgu Kahar la. Janganlah dia panggil aku.. Mintak-mintaklah jangan panggil aku.
"Okeh semua boleh buat kerja masing-masing. Jangan buat bising ye." kata Cikgu Kahar. Fuhhhh.. Selamat. Aku ingat dia nak panggil aku tadi.
Oleh kerana Cikgu Kahar adalah guru disiplin, kelas kami menjadi kelas yang terpaling senyap di muka bumi. Tak pernah kelas tu sesenyap begitu. Bunyi batuk pun tiada.

KRinggg.. Loceng rehat pun berbunyi.

Seperti biasa, aku dan Sue akan bergerak ke kantin. Mee kari macam memanggil-manggil aku. Dari jauh aku dah nampak Adib. Aku angkat tangan pada dia. Dia senyum padaku.
Tiba-tiba terdengar suara..
"Ingat kau cantik sangat ke?"
Aku toleh ke belakang. Lah.. Jijot dan Shidot rupanya. Apa yang tak puas hati dengan aku ni.
"Kau kenapo? Nak carik pasal dengan den lak ko?" panas lak ati aku tu. Aku tak cari pasal dengan diorang pun. Sue cepat-cepat tarik tangan aku.
"Buek tak tau je ngan diorang tu."pujuk Sue. Betul juga kata Sue. Buat apa aku nak layan minah dua ekor ni. Buang masa je. Baik aku makan, lagi bagus..


bersambung lagi pulak

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
la novel ke??? ingatkan kisah benar..citttt
Tanpa Nama berkata…
haha . sian budak ni xpham2 lg ni novel ..
:D
Tr Linda berkata…
tak bestlah kalau buat kisah bener..
azrina berkata…
betol 2.. kne la tipu2 skit kn tr .. heheh

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...

Kamus Negeri Sembilan

Untuk waghih2 yg dah lupo Bahaso kampung elok simpan dlm satu fail khas. Kamus ni tak ado jual di pasaran. Haahaaa. . KAMUS NOGORI A. Angka- Suhu badan seperti hendak demam Aka-aka - Dipermain-mainkan. B. Baeh- Baling Bajau- Tidak tinggal setempat Baju prat- Baju T Banga - Bau busuk yang mengisi ruang. Baning - Degil yang teramat sangat Bayang - Tak stabil, nak tumbang . Bega - Degil yang amat sangat Bengot - Herot, senget Bentong - Kecik tak mau besar-besar. Biaweh- Jambu batu Biak- Lecah, lopak air Bincau- Kecoh sambil marah Bincut- Benjol kecil Bidik - Baling, lempar, locut. Binga- Pekak Binjek - Jamah atau cubit sikit makanan untuk merasa. Sobinjek - secubit. Bintat- Bekas gigitan serangga Bobek - Balut Bobenta : Berpusing-pusing. Contoh: berbenta den dek mencari kunci keto tah mano tersusup ea Bobok- Menekan atau memasukkan dalam air (orang) Bocompogho- Mandi dengan suka ria Bocoghabih - Banyak cakap Bocoghidau - Membising, becok. Bocokak - Bekelahi Boda- Pukul Bodahagi - Susah, l...