Langkau ke kandungan utama

Kasih Kawan (pt 3)

Aku tebalkan muka sepanjang perjalanan ke bilik disiplin. Tidak pernah sekali pun aku menjejakkan kaki di 'Balai Polis' ni. Inilah yang pertama kali.


Aku tengok dua-tiga orang dok jeling-jeling dan ketawa sinis tengok aku. Apehal?? Tak pernah tengok orang ke? Hina sangat ke aku ni? Kang ada yang kena seligi kang. Takpe Iman, keep it cool.. Takde pape punya. Mungkin cikgu disiplin nak berkenalan je dengan ko.

"Assalamualaikum cikgu." sapaku sebaik sampai di muka pintu bilik disiplin. Aku tengok Adib dan Amir dah sedia ada dalam bilik tu. Hehehe muka Adib dah lebam sana-sini..Orang putih kena tumbuk, macam pakai blusher. Kelakar lak aku rasa.
"Haa...Waalaikumussalam.. Kamu Iman ye? Duduk dulu. Ada benda saya nak tanya kamu ni." balas Cikgu Kahar, guru disiplin paling garang dalam sekolah ni. Aku dah mula cuak ni. Aku dengar tahun lepas Cikgu Kahar pernah tampar budak sampai pengsan. Hiiii takut aku. Cuba bayangkan aku pula kena tampar. Mesti pedih.
"Hah! Apa tunggu lagi? Sayakan dah suruh duduk. Buat apa tercegat kat situ lagi?"
"Ye..iye cikgu." tergagap-gagap aku. Aku duduk di kerusi kosong sebelah Adib. Kelihatan Adib tengah menekup mukanya dengan ais.
"Kamu kenal budak berdua ni?" tanya Cikgu Kahar.
"Kenal, cikgu. Tapi bukan saya yang buat diorang jadi macamni cikgu."
"Saya tahu. Tapi kamulah penyebab mereka jadi begini." Apa? Aku penyebabnya? Kenapa pulak? Aku kacau diorang pun tidak. Heiii ni yang menyirap limau ais ni.
"Apasal saya pulak, cikgu? Saya kacau pun tidak diorang ni, cikgu. Kat kantin tadi saya cuma makan je. Tu pun kat area budak perempuan."
"Masalahnya kamu yang melayan si Amir ni kan? Kamu yang panggil dia duduk sekali dengan kamu."
"Eiii.. tu fitnah tu, cikgu. Saya tak buat macam tu." Hadoiii.. Kena fitnah pulak aku ni. Aku tak buat. Betul tak? Korang pun saksi,kan? Mana ada.. Alaaaaa... sapa nak tolong aku ni?
"Tak betul tu, cikgu. Saya saksi kat situ. Saya sendiri yang nampak Amir duduk di depan Iman. Iman tak layan dia langsung, cikgu. Kemudian saya datang tegur dia. Saya kata dia tak boleh duduk dekat situ. Tak pasal-pasal saya pula yang kena tumbuk." Hahahahaha..penyelamat aku sudah mari.. Thanks Adib for saving my life. Nanti aku belanja makan mee kari.
"Betul?" tanya Cikgu Kahar padaku.
"Betul, cikgu. Saya manalah kenal Amir ni, cikgu. Lopeh ni kau jangan nak kacau-kacau den laie. Monyampah den tengok ghoman kau."
"Dah..Dah.. Jangan nak bergaduh kat sini. Benda pun dah selesai. Iman, Adib, boleh masuk kelas. Kamu Amir, duduk sini sampai balik. Banyak kesalahan kamu ni. Mengasari pelajar kemudian berbohong dengan saya lagi. "
"Terima kasih, cikgu." Aku dan Adib terus keluar kelas.

-----------------------------------------------

sekadar hiasan
 "Sakit?" tanyaku.
"Sakitlah." balasnya kasar.
"Ek eleh! Bolagak boto kau ni kan. Den tanyo pun tak boleh ko? Poei mampuih lah hai." balasku sambil mempercepatkan langkahku. Malas pula aku nak layan lelaki macam ni. Hehehehe.. Kalau ikutkan memang salah aku pun. Selama ni aku juga yang suka berkasar dengan dia.
"Letrik! eh Man! tunggulah kejap. Awak ni langsung tak kesian dengan saya, kan? Sedikit pun tak nak berlembut dengan saya. Macam jantan dah saya tengok awak ni." kata Adib sebaik dia berjalan disebelahku..
"Buek apo nak bolombut? Kau boyfriend den ko?"
"Lah..Itupun nak marah ke?"
"Itu bukan maghah. Itu cumo cakap yo tu."
"Memanglah bukan boyfriend.. Tapi kita masih boleh kawan kan?" balas Adib. Sejuk sikit hati aku bila dengar perkataan 'kawan'.
"Haa.. okeh. Kito leh jadi kawan."
"Betul?"
"Lah.. Botolah. Kawan yo kan?"
"Kawan pun dah okey bagi saya. Hehehe.."
"Sakit laie tak tu?"
"Dah tak sakit dah. Tadi dah letak minyak dah."
"Nanti omak kau tak bising ko?"
"Takpe. Nanti pandai-pandailah saya cakap dengan emak saya."
"Okeylah. Nanti kita jumpa lagi."
"Okey." Kelas kami tak sama. Lah.. lupa pulak aku tanya Adib dia kat kelas mana. Mesti kelas pandai tu. Nama pun pengawas. Rugi Sue tak datang hari ni. Tak dapat dia tengok drama di bilik disiplin tadi. Takpe, esok aku cerita kat dia.

----------------------------------------------
Di dalam kelas 2 Teguh..

"Konapo tadi, Man?" tanya Termizi, ketua kelas aku. Sibuk je nak tahu. "Den dongar kau bergaduh. Iyo ko?"
"Ha-ah." balasku. Malas nak layan Termizi sorang ni. Semenjak dua menjak ni asyik nak duduk dekat dengan aku je. Rimas la.
"Kau gaduh dongan sapo? Aposal tak panggil den? Biar den tibai muko budak tu." hehehe tiba-tiba pulak Mizi nak jadi hero.
"Takpolah Mizi, dah setel dah pun. Ekau tu, duduk jauh-jauh sikit tak boleh ko? Asyik nak mengendeng sobolah den yo. Nak monapeh(bernafas) pun susah."
"Eleh, eksyen botolah kau ni, Man. Den nak bokawan dongan kau. Selalu kau asyik kawan dongan Sue yo. Sekali-sekalo kawanlah ngan den pulak."
"Hiss.. Nak kawan pun kawan yolah.. Tapi janganlah sampai 'ngalang den nak tengok papan itam ni ha. Den nak nulih pun susah ni."
"Hahaahaha.. Iyolah iyolah.. Sori yo, Man?"
Pelik betul dengan perangai lelaki-lelaki keliling aku ni. Apa dah jadi? Kenapa tiba-tiba orang nak berkawan rapat dengan aku? Dulu takde pun. Ke aku yang perasan sendiri? Selama ni pun takde sapa pun nak berkawan dengan aku. Aku kan 'tiang letrik', perangai plak macam jantan, kasar tak tentu hala. Tiba-tiba orang nak berkawan dengan aku. Ini yang aku musykil ni. Memang lepas ni orang pompuan akan cari gaduh dengan aku la ni.


bersambung lagi....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...