Langkau ke kandungan utama

Kasih Kawan (pt 1)

"Eii.. Ko nak ikut den ko tak nak ni? Bonci botolah den perangai macam ni."   Hai! Namaku Iman. Sekarang ni aku tengah bengang dengan kawan aku. Sekarang ni time rehat, diorang ni tak reti-reti ke nak pergi kantin? Aku dah kebulur tahap dewa dah ni.

"Yolah-yolah.. Tu pun nak maghah. Kang singgah kek Ko-op jap tau. Den nak boli pensel."Ha.. Itu kawan aku Sue. Suraya namanya. Orangnya comel, berkulit hitam manis. Bila berjalan, terlenggang sana, berlenggang sini.. Sakit mata aku memandang. Walaupun Sue jalan macam tu, at least dia tak memandang rendah kat kawan-kawan dia. Berbanding dengan aku ni, orang biasa panggil aku 'tiang letrik' je. Mentang-mentang aku kurus, takde shape, diorang panggil aku macam ni. Tapi takpe, aku bukannya kisah pun. Janji aku dapat makan, aku dapat berkawan,  dapat belajar kat sekolah ni pun dah cukup bagus.

Di kantin...
wei beratur. jangan berebut.

"Man, ko nampak tak mamat pengawas yang tongah usya kito skang ni?" tanya Sue. Masa ni aku tengah nak suap mee kari dalam mulut aku.
"Mano?" tanyaku semula. Sebenarnya aku dah nampak kelibat pengawas yang sedari tadi asyik jeling-jeling, pandang-pandang aku dengan Sue. Saja je aku buat derk. Agaknya mamat tu nak mengorat Sue kot. Biarlah, dia ada mata, suka hati dialah nak buat apa dengan mata dia tu.
"Tu ha.. Namo eh Adib kan? Ko tau tak, dio tu pujaan sokolah tau."
"Yo ko? Den tak tau pun.."
"Kau ni momanjang tak tau yo. Man, dio pandang laie. Haii.. macamano den nak makan nasi lomak ni. Tak tomakan ni ha.. Eh? Dah abih dah mee kari kau?"
"Yolah, den tongah lapar. Pedulik hapo den orang mandang ko tidak. Janji den dapek makan."


KRINGGGGG!!


"Ha, loceng dah berbunyi dah tu. Moh kito balik kelas. Kang marah pulak teacher Linda tu karang. Skang ni dah la time dio ni. Bukan eh kito tak tau, kok lambek kito masuk kolas kang, alamat eh bersilolah kito kek koridor tu. Kau nak?" tanyaku pada Sue. Pantas Sue menggelengkan kepalanya.
"Habis, nasi lomak den ni?"tanya Sue.
"Ekau bungkuih yo lah." balasku. Hehehe.. Padan dengan muka Sue. Sibuk sangat memikirkan hal Adib tadi. Kalau nak makan, makan ajelah kan.. Tak payah nak fikir orang lain. Dengan pantas Sue membungkus semula nasi lemaknya dan kami terus bergegas ke kelas 2 Teguh. Takut teacher Linda punya pasal.


------------------------------------------------------------------------------


Kelas Madam Chen hari ni membosankan. Aku rasa ada dekat 7-8 kali aku menguap dalam kelas tadi. Berapa kali jugaklah aku minta kebenaran dia untuk keluar tandas, sampai Madam Chen ingat aku saja je nak ponteng kelas dia. Tak berani aku nak ponteng. Subjek penting tu. Memang aku keluar pergi cuci muka, ngantuk kan..Madam Chen tu, asal masuk kelas je mesti cerita pasal kebersihan. Kelas kan dah bersih, buat apa nak cerita lagi. Aku nak belajar Matematik, bukannya nak mendalami ilmu pembersihan.


KRINGGGG!!! Loceng balik sudah berbunyi. Ni yang tak sabar nak balik ni. Jelas terbayang di mata lauk masakan emak. Aku berjalan kaki menuju ke pondok bas. Lambat pulak bas ni. Selalu time-time gini dah sampai dah.
"Apolah agak eh lauk mak masak arini." fikiranku melayang-layang memikirkan lauk yang bakal kutelan setengah jam lagi.


"Hai Letrik. Tengah tunggu bas ke?" Sapa seseorang dari sebelah tepi aku. Terperanjat aku sekejap. Adib rupanya.
"Sesodap mulut kau yo kan panggil den 'Letrik'. Mulut kau takdo insurans ko?"
"Hehe.. Manalah saya tau nama awak."
"Eiiiii... Tak payahlah nak ber'saya-awak' ngan den ni. Goli tokak den ni ha. Ghaso nak muntah.Kang den muntah kek sini kang" kataku sambil menggayakan aksi muntah.
"Saya bukannya asal sini. Saya orang KL." balasnya.
"Orang KL ko, orang JB ko, den pedulik hapo. Kok dah sampai sini tu, pandai-pandailah blaja cakap orang sini. Dah, den balik dulu." Kebetulan bas dah sampai, aku terus tahan dan naik meninggalkan pengawas tu. Ini kalau aku cerita dengan Sue, gerenti menangis air mata darah punyalah Sue tu. Bukan aku tak tau Sue minat dengan pengawas KL ni.


bersambung daaaaa....

Ulasan

Tr Linda berkata…
hehe mintak maaflah ye, dialog-dialog semuanya menggunakan loghat negeri sembilan. belajar-belajarlah ye. hope u enjoy it.

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...