Langkau ke kandungan utama

Kasih Kawan (pt 2)

Di sekolah, keesokkan paginya....

Aku tidak nampak bestfriend aku, Sue. Selalunya dia tunggu aku di pagar utama. Kemudian kami akan sama-sama masuk ke sekolah. Sue bolehlah dikatakan 'berada' sedikit. Pergi-balik pun berhantar. Aku seorang sahaja yang turun-naik bas. Tapi aku bersyukur, dapat juga pergi sekolah. Hari ni emak bagi aku RM 3.00. Selalunya begitu, walaupun tak cukup sebab tambang bas aje dah RM 1.60 (untuk pergi-balik), baki ada RM 1.40..Mee kari cuma RM0.80 je. hehe pandai-pandailah aku estimate budget aku.  Air pula, aku memang tak cerewet, air kosong pun boleh. Tu pun aku bawa dari rumah.

Dalam kelas pun Sue tidak ada. Mana dia pergi agaknya. Kalau dia tak nak datang sekolah, biasanya dia akan telefon aku dulu. Hmm ni yang aku risau ni.
"Iman, Sue mana?" tanya Pn. Hazlin padaku. Pn. Hazlin ni guru kelas kami. Mengajar pula subjek Sejarah.
"Saya tak tahu, cikgu." balasku.
"Hai, bestfriend pun tak tau ke?" tanya Pn Hazlin sinis.
"Tak tau, cikgu." Geram pulak aku dengan Pn. Hazlin ni. Ingat aku ni kuli batak merangkap orang gaji Sue ke? Sue ni pun satu. Kalau tak nak datang tu, at least beritahu aku sama. Boleh aku ponteng sekali. Ni apa aku nak buat kat sekolah sorang-sorang ni? Dalam kelas ni, bukannya aku tak boleh berkawan dengan orang lain. Boleh, tapi takde seorang pun yang sehati-sejiwa dengan aku. Malas aku nak berkawan dengan golongan-golongan yang kuat mengumpat ni . Belajarnya taklah pandai mana, sibuk nak jaga tepi kain orang. Jija dan Shida tu, bukannya aku tak tau tu.. Cukup jaki dengan aku. Apa yang aku buat dalam kelas serba tak kena dengan diorang. Kalau cantik, takpelah jugak. Ini gedik je yang lebih. Kalau teacher Linda puji aku dan Sue dalam kelas, mesti diorang mencebik. Entah apalah yang diorang tak puas hati dengan kami tu.

Masa rehat, aku duduk di kantin sorang-sorang. Takde memberlah katakan. Seperti biasa Adib, si pengawas KL tu masih memandang aku. Biarlah, orang ada matakan. Aku makan mee kari kegemaranku. Tiba-tiba ada seorang pelajar lelaki duduk di hadapanku. Bukan dia tak tahu itu area pelajar perempuan. Aku rasa aku kenal mamat ni. Amir, pelajar tingkatan 4 Bagus. Pelajar yang telah mendapat 7A 1B tahun lepas. Aku tidak pasti apa yang membuatkan Amir duduk di hadapanku. Mungkin dia bercadang hendak tukar jantina. Aku tidak pasti. Yang pastinya, aku nak habiskan mee kariku ini.

"Gelojohnya makan." Sapa Amir. Aku buat tidak tahu dengan kata-kata Amir. Peduli apa aku dengan dia.
"Aku Amir." balasnya lagi sambil tersenyum. Aku menganggukkan kepala kemudian menyambung semula pemakananku.
"Nama kau Iman ye. Budak 2 Teguh kan? Boleh berkenalan?"
Aku buat tak tahu aje dengan Amir tu. Malas aku der..Bukan aku tak tau dia tu kepala playboy sekolah ni. Cakap saja Amir Zakwan, semua orang tahu. Jija tu awek dia, tak pasal-pasal gaduh dengan aku pulak nanti.
"Bang, ni tempat pelajar perempuan ni. Tempat lelaki di sebelah sana." tiba-tiba Adib ada di hadapanku, mengarahkan Amir pindah tempat.
"Engkau siapa nak mengarah-arah aku? Aku punya sukalah nak duduk di mana!"
"Saya pengawas yang menjalankan tugas. Kalau abang berdegil, saya terpaksa tulis nama abang ni."
Aiseh! Ada drama swasta pulak di depan mata aku ni. Amir dah mula melenting, Adib masih lagi kool. Mee dah habis, baik aku balik kelas. Tengok orang gaduh kang, tak pasal-pasal aku pun terbabit sama. Aku tak tau apa kesudahan drama antara Adib dan Amir. Tahu-tahu ada seorang pengawas memanggil nama aku. Katanya guru disiplin nak jumpa. Adoiyai... Ini yang aku tak gemar ni. Aku dah agak dah, ini mesti kes yang tadi. Aku tak nak masuk campur. Benci betul.

Di bilik disiplin...





hahaha... bersambung lagi der..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HUMKO BULANA YA RASULULLAH

Qasidah Humko Bulana Sudah lama hati merindu Dengan kekasih yang satu Bilakah masa dapat bertemu Dengan kekasih agungmu Kakiku kan terus melangkah Menuju ke bumi Madinah Selangkah demi selangkah Dekatkanlah kami Ya Allah Moga ziarahku disambut, Hatiku ingin terus merebut, Ganjaran yang telah disebut, Oleh Baginda yang lemah lembut, Barangsiapa yang ziarah Rumah Baginda di Madinah Walau selepas Baginda wafat Bagai semasa Nabi haayat Jauh benar ku terpisah Dgn Nabi di Madinah Jangankan pula ku dipisah Saat dipilih ke Jannah. Air mata terus mengalir Hatiku tetap rasa khuwatir Apakah kita kan terpisah Bantulah cintaku Ya Allah. Tiap kali ku berjalan, memandang batu di jalanan, Mengingatkanku batu Makkah, salam kepada Rasulullah, Tiap waktu ku ingin makan, Teringat baginda kelaparan, Jarang sekali kekenyangan, Sehingga saat dijemput Rahman. Tiap kali ku ingin marah , cacian ketika berdakwah, Terin...

Sajak Hari Guru

Abadi Dalam Harum Nama Guru pendidik mulia sudah berabad lalu bermandi keringat meniti gigi hari mendaki puncak tinggi di merata lurah dan denai menabur bakti tanpa mau dipeduli. Guru pendidik mulia bukan untuk dipuja atau di dewa-dewa siang dan malarnnya adalah perjuangan jua rela meluah bahagia menelan duka nestapa dengan senyum dan takwa biarpun sayup di hutan belantara. Guru pendidik mulia laksana kuntum kembang mekar memuncak nama pembela sejahtera abadi dalam harum nama. Ismala 1988 Bunga Sirih untuk Guru Guru adalah Ibu pengasuh budiman guru adalah ratu lebah lalu memujuk membelai kelopak cinta kasih sayang lilinnya berbunga sinar cahaya madunya berbunga penawar jiwa. Guru adalah penyu pengasih lalu menabur bunga telur baktinya segar mewangi sepanjang pantal zaman. Guru adalah lampu penyuluh pedoman kehidupan guru adalah pendakwah lalu mengikut jejak Nabi Muhammad memimpin insan ke jalan lurus ke padang luas. Bunga sirih bunga pi...

Perbezaan dan persamaan antara Bahasa Minang dan Bahasa Negeri Sembilan

Ayuh! Mari belajar bahasa.. Tr memang asal orang N9, tr juga urang minang.. Pandai berbahasa negeri sembilan tapi indak pandai cakap minang hehehe.. malu.... Tp takpe, tr nak juga blaja.. Apa kata kita blaja sama2... Perkataan Biasa Bahasa Minang Bahasa N9 Aku Rang, Aden Ese, Ayo atau Eden Kamu Awak, Wa’ang Awak, Ekau Dia Inyo Dio Adik Adek Adek Kakak Abang, Uda, Uni Akak, Abang 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 Ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam,tujuah, lapan, sambilan, sapuluah Satu, duo, tigo, ompek, limo, onam, tujuh, lapan, somilan, sopuluh 11,12,13,14,15 Sabaleh, duo baleh, tigo baleh, ampek baleh, limo baleh Soboleh, duo boleh, tigo boleh, ompek boleh, limo boleh Puluh Puluah Puloh Apa A Apo Ini Ko, iko Ini Dengan Jo Dongan Sudah Alah Udah Tidak Indak Tak Iya Iyo Ke Ka Ko Tidak ada Indak...